Kit Siang hidap kanser tahap pertama

Kit Siang hidap kanser tahap pertama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang hidap kanser tahap pertama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang hidap kanser tahap pertama
link : Kit Siang hidap kanser tahap pertama

Baca juga


Kit Siang hidap kanser tahap pertama

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu bahawa bapanya Lim Kit Siang menghidap kanser tahap pertama.

Bagaimanapun, menurut Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Bagan itu, doktor berjaya membuang tumor kecil pada buah pinggang bapanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, dan beliau dijangka pulih tanpa sebarang komplikasi.

“Doktor juga menjangkakan beliau pulih sepenuhnya.

“Lim (Kit Siang) sedang beransur sembuh daripada pembedahan dan telah mula bersiar meregangkan kaki,” katanya dipetik Malaysiakini.

Guan Eng juga berkata, sepanjang tempoh pemulihan, urusan kawasan di Gelang Patah akan dikendalikan wakil khasnya Ng Siam Luang dan pejabat parlimen DAP Gelang Patah.

Pengerusi DAP Johor merangkap anggota parlimen Kluang Liew Chin Tong akan membantu menyelia kerja-kerja kawasan sepanjang ketiadaan Kit Siang.

“Pihak keluarga mengucapkan penghargaan kepada semua pihak dan amat berterima kasih sekiranya Lim (Kit Siang) diberi ruang waktu untuk sembuh dan pulih, agar beliau dapat kembali beraksi secepat mungkin,” katanya.


Demikianlah Artikel Kit Siang hidap kanser tahap pertama

Sekianlah artikel Kit Siang hidap kanser tahap pertama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang hidap kanser tahap pertama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/kit-siang-hidap-kanser-tahap-pertama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :