link : Orang Yang lupai Diri...Cakap Tak Serupa Bikin
Orang Yang lupai Diri...Cakap Tak Serupa Bikin
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Terengganu mendakwa sikap PAS kerap kali berkecuali dalam banyak isu akhirnya 'memakan diri'.
Pengerusinya, Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata penyokong parti itu kini mula mempersoalkan sikap pimpinan PAS yang semakin lunak dengan musuh politiknya, Umno.
“Penyokong PAS di Terengganu mula pelik. Mereka seperti sebahagian komponen BN kerana sering kali berkecuali di Parlimen dan tidak membantah di Dewan Undangan Negeri.
“Mereka lihat wakil rakyat mereka baik di Parlimen atau DUN tidak mengambil peluang,” katanya dipetik sebuah portal.
Malah Raja Kamarul mendakwa rakyat kini mula faham mengapa bekas pimpinan PAS bertindak keluar parti dan menubuhkan Amanah.
“Mereka sekarang lebih faham kenapa ahli Amanah keluar dari PAS,” katanya.
Amanah sebelum ini berikrar untuk bertanding di 40 kerusi termasuk milik PAS dan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Malah Amanah mensasarkan semua kerusi yang ditandingi PAS di Selangor.
PAS pula bertegas tidak akan melepaskan kerusi miliknya kepada Pakatan Harapan (PH) terutama parti serpihannya, Amanah.
PAS juga bertegas tema politik yang dibawanya, Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) adalah anjakan yang akan menjadi pilihan utama pengundi pada PRU akan datang.
Disebabkan budaya politik sebegitu, PAS semakin matang dalam pendekatan yang diambil selepas tidak lagi mengamalkan budaya politik kutuk-mengutuk dan maki hamun yang sinonim dengan tindakan parti pembangkang.
Mengulas lanjut, Raja Bahrin berkata sentimen agama yang selama ini menjadi “senjata” PAS di Terengganu tidak lagi menyengat para pengundi.
“Banyak isu yang mereka guna sebagai daya tarikan sudah tidak begitu menarik lagi,” katanya.
“Isu yang paling klasik adalah rang undang-undang 355 (Akta Mahkamah Syariah). Dulu mereka berarak sana sini nak bawa RUU355 tapi sampai hari ini tidak ada apa-apa.”
Presiden PAS membawa usul peribadi pada Mei 2016 meminta kerajaan membentangkan rang undang-undang meminda akta tersebut, bagi meningkatkan hukuman maksimum kesalahan jenayah syariah daripada tiga tahun penjara kepada 30 tahun, denda RM5,000 kepada RM100,000 dan enam sebatan rotan kepada 100 sebatan rotan.
Usul itu bagaimanapun sedang menunggu giliran untuk dibacakan kali ketiga di Parlimen.
Menurut Raja Bahrin, ramai penyokong PAS di Terengganu yang mencari alternatif politik mula mendekati PH.

Demikianlah Artikel Orang Yang lupai Diri...Cakap Tak Serupa Bikin
Sekianlah artikel Orang Yang lupai Diri...Cakap Tak Serupa Bikin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Orang Yang lupai Diri...Cakap Tak Serupa Bikin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/orang-yang-lupai-diricakap-tak-serupa.html