link : “Saya Tak ‘Potong’ Jalan Orang Lain” – Keith Foo
“Saya Tak ‘Potong’ Jalan Orang Lain” – Keith Foo
Pelakon Keith Foo, 34, menganggap tawaran untuk menjayakan watak dalam drama Jangan Padam Rindu yang sepatutnya dilakonkan oleh Kamal Adli sebagai rezeki untuk anaknya, Skylar, yang kini berusia enam bulan.
Memetik laporan Harian Metro, isu dia mengantikan Kamal tidak timbul malahan dia tidak pernah bertanya siapa pelakon lain yang pengarah pilih sebelum bersetuju untuk menjadikannya pelakon utama.
“Ketika pihak produksi menghubungi saya menawarkan watak utama drama itu, saya tak tahu pun perkara itu malah anggap ia rezeki anak selepas dua tahun tiada tawaran berlakon.
“Tak ada isu langsung siapa yang menggantikan siapa kerana saya tidak ‘memotong’ jalan orang lain. Tak perlulah sensitif dengan benda kecil macam itu. Saya juga tiada konflik dengan Kamal, semua baik-baik saja,” katanya.
“Apa yang saya utamakan ialah membawakan watak yang diberikan itu dengan baik dan yang lain-lain, itu bukan urusan saya.
Dalam pada itu Keith bersyukur kerana selepas dua tahun tidak beraksi akhirnya peluang itu datang semula apabila Suhan Movies menawarkan saya berlakon drama Jangan Padam Rindu. Dalam drama tersebut, buat pertama kali Keith berpasangan dengan Emma Maembong.
The post “Saya Tak ‘Potong’ Jalan Orang Lain” – Keith Foo appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Saya Tak ‘Potong’ Jalan Orang Lain” – Keith Foo
Anda sekarang membaca artikel “Saya Tak ‘Potong’ Jalan Orang Lain” – Keith Foo dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/saya-tak-potong-jalan-orang-lain-keith.html