Bukan jelmaan Projector Band

Bukan jelmaan Projector Band - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan jelmaan Projector Band, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan jelmaan Projector Band
link : Bukan jelmaan Projector Band

Baca juga


Bukan jelmaan Projector Band

Tampil dengan single berjudul Sarena Nur Raina, Satu Band yang dianggotai empat anak muda ini tidak mahu dibayangi kumpulan yang lebih popular, Projector Band.

Ini kerana seorang anggotanya, Razif turut mengganggotai Projector Band, malah lagu Sarena dicipta sepenuhnya oleh Razif sendiri.

Selain Razif atau mesra disapa Angah selaku gitaris, Satu Band juga dianggotai Amy (vokalis), Zainal (bass) dan Kimi (dram).

Berkongsi mengenai pembabitan Razif, anggota lain tiada masalah namun berharap peminat tidak membandingkan mereka dengan Projector Band.

“Kumpulan ini ditubuhkan oleh Razif sendiri. Kami tidak kisah dia turut terbabit dengan Projector Band. Apa yang penting misi kami untuk sama-sama berkongsi muzik dengan peminat terlaksana.

“Genre muzik kami juga berbeza, jadi tidak timbul soal sama dengan Projector Band kerana kami yakin peminat dapat membezakan muzik masing-masing,” kata Amy mewakili rakan yang lain.

Amy yang juga pernah terbabit dalam program realiti Mentor berkata, walaupun terlebih dulu dikenali, dia mengganggap dirinya orang baru sama seperti rakan ahli yang lain.

“Mungkin saya dilihat lebih dikenali berbanding rakan yang lain, tetapi dari segi muzik kami sudah ada pengalaman sendiri.

“Zainal dan Kimi sejak dulu sudah lama aktif dengan Razif. Rezeki saya apabila Map Music mengambil saya menjadi artis mereka, saya diperkenalkan dengan Satu Band,” katanya.

Tidak kira Amy atau siapa pun, misi Satu Band hanya satu sama seperti nama kumpulan ini iaitu mahu berkongsi muzik mereka dengan semua.

Single Sarena Nur Raina yang mula dilancarkan pada November tahun lalu juga berjaya mencuri perhatian pendengar.

“Syukur lagu Sarena berjaya mendapat tempat di hati pendengar. Mungkin tajuknya saja sudah menarik perhatian mereka.

“Insya-Allah jika ada rezeki kami akan tampil dengan single kedua tetapi buat masa sekarang mahu fokus dengan mempromosikan single Sarena dulu,” kata Zainal pula.

The post Bukan jelmaan Projector Band appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bukan jelmaan Projector Band

Sekianlah artikel Bukan jelmaan Projector Band kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan jelmaan Projector Band dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/bukan-jelmaan-projector-band.html

Subscribe to receive free email updates: