Jangan cakap tak bertempat…titah Tengku Abdullah terguris perbuatan Mahfuz Omar

Jangan cakap tak bertempat…titah Tengku Abdullah terguris perbuatan Mahfuz Omar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan cakap tak bertempat…titah Tengku Abdullah terguris perbuatan Mahfuz Omar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan cakap tak bertempat…titah Tengku Abdullah terguris perbuatan Mahfuz Omar
link : Jangan cakap tak bertempat…titah Tengku Abdullah terguris perbuatan Mahfuz Omar

Baca juga


Jangan cakap tak bertempat…titah Tengku Abdullah terguris perbuatan Mahfuz Omar

Datuk Mahfuz Omar memang dikenali sebagai ahli politik yang banyak mulut.Namun silap besar kalau Ahli Parlimen Pokok Sena yang baru ini  becerai dengan PAS merasa beliau boleh cakap apa saja.

Sejak tersebar video beliau persenda Sultan Pahang dalam ceramah politiknya untuk pertahan kewajaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun dipilih sebagai calon perdana menteri oleh pakatan pembangkang…memang ramai yang marah.

Kalangan pimpinan masyarakat dan parti politik khususnya di Pahang menyifatkan ia perbuatan biadap mahu tindakan tegas diambil terhadapnya.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah misalnya anggap perbuatan itu jelas mencerminkan kebiadapan dan kecetekkan akal pemimpin pembangkang yang jelas tidak menghormati institusi diraja di negara ini.

Sebilangan laporan polis juga sudah dibuat terhadapnya.

Sebaliknya Mahfuz tetap berkeras enggan memohon maaf dan mendakwa beliau bukan bermaksud menghina sebaliknya memuji di mana di dalam usia tua Sultan Pahang dan Dr Mahathir masih boleh memimpin.

Dalam ceramahnya Mahfuz antara lain menyebut Sultan Ahmad Shah kekal sebagai Sultan Pahang walaupun sedang gering untuk menangkis pihak yang pertikai pemilihan Dr Mahathir calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.

Jika Mahfuz yang rasa boleh main-main beliau harus mendengar titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menyuarakan rasa terguris baginda.

Ditemui wartawan melawat mangsa kebakaran di Sungai Isap 2 dekat Kuantan pada Rabu Tengku Abdullah menyifatkan percakapan Mahfuz melanggar ketertiban sebagai seorang yang lebih muda tambahan pula individu yang dimaksudkan adalah seorang raja.

"Sebagai orang Melayu, kita diasuh menghormati orang tua. Ayahanda saya lebih tua dari beliau dan seorang raja, jangan (bercakap) tidak bertempat,”tidah baginda.

Dalam pada itu,Tengku Abdullah juga bertitah akan ambil tindakan terhadap penyebaran video mengenai Sultan Pahang.

"Saya amat marah dan tersinggung,"titahnya.

Baginda bertitah video berkenaan diambil oleh pihak Istana,


Demikianlah Artikel Jangan cakap tak bertempat…titah Tengku Abdullah terguris perbuatan Mahfuz Omar

Sekianlah artikel Jangan cakap tak bertempat…titah Tengku Abdullah terguris perbuatan Mahfuz Omar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan cakap tak bertempat…titah Tengku Abdullah terguris perbuatan Mahfuz Omar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/jangan-cakap-tak-bertempattitah-tengku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :