link : Kanak-kanak 2 tahun mati kena hempap
Kanak-kanak 2 tahun mati kena hempap
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun maut dihempap seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun bangunan di apartment kediamannya lapor Metro.Co.Uk.
Paramedik Vitaly Reznikov mengesahkan insiden tersebut mengatakan pihaknya cuba memberikan bantuan kecemasan kepada kanak-kanak malang tersebut namun gagal.
“Lelaki yang cuba membunuh diri itu jatuh di atas kanak-kanak itu dengan kuat sekali, kami cuba menghidupkan jantungnya tetapi gagal.
“Dia mati di dalam ambulans,” katanya.
Lelaki yang menghempap kanak -kanak itu merupakan seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Yevgeny, 39 tahun turut mati dalam insiden semasa menyambut Tahun Baru itu.
Saksi yang merupakan jiran tetangga di kawasan kejiranan tersebut menggambarkan situasi tersebut sangat menyayat hati.
“Saya terdengar bunyi jatuh yang kuat, kemudian ibu budak lelaki itu keluar dan kelihatan paramedik cuba memberikan bantuan kecemasan.
“Saya kena tutup tingkat kerana jeritan ibunya sangat meyedihkan, tak sanggup dengar,” kata jiran, Sergey Borisov.
Sementara itu, pihak polis masih menyiasat tragedi tersebut.
The post Kanak-kanak 2 tahun mati kena hempap appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kanak-kanak 2 tahun mati kena hempap
Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak 2 tahun mati kena hempap dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/kanak-kanak-2-tahun-mati-kena-hempap.html