Kata-kata Mahathir Penuh pembohongan, Salahkan Orang Lain Semata-mata

Kata-kata Mahathir Penuh pembohongan, Salahkan Orang Lain Semata-mata - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kata-kata Mahathir Penuh pembohongan, Salahkan Orang Lain Semata-mata, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kata-kata Mahathir Penuh pembohongan, Salahkan Orang Lain Semata-mata
link : Kata-kata Mahathir Penuh pembohongan, Salahkan Orang Lain Semata-mata

Baca juga


Kata-kata Mahathir Penuh pembohongan, Salahkan Orang Lain Semata-mata

Siapa yang kenal Mahathir Mohamad akan bertindak tidak akan mempercayai apa yang keluar dari kerongkongnya. Setiap perkataan yang keluar sudah pastinya akan  mengatakan orang lain yang melakukan kesalahan.

Siapa yang kenal Mahathir akan tahu apabila setiap perkataan yang keluar dari kerongkongnya adalah perkataan yang tidak boleh disanggah  oleh sesiapa pun termasuk Raja Melayu dan sesiapa yang  berbuat demikian akan dihadiah kan satu percutian indah ditaja oleh kerajaan di Kemunting.

Menceritakan perkataan yang dikeluarkan melalui kerongkongnya, Mahatir kini bercakap tentang kebebasan bersuara dalam  menyatakan hak hak sebagai rakyat Malaysia. Mungkin generasi yang baru pakai seluar katak dizaman 80an dan  sudah dewasa dizaman ini akan menyokongnya.

Tetapi ketahuilah bahawa semua perkataan itu hanya retorik politik yang  dilakukan bukan atas kebenaran tetapi atas kepentingan politik yang kini dihujung  terowong  yang mana ada sesuatu perjuangan kepentingan yang masih lagi tidak dilunaskan.

Siapakah manusia  ini yang mana beranggapan bahawa dirinya terlalu maksum sehingga tiada mempunyai setitik kesalahan yang dilakukan sewaktu pemerintahannya selama 22 tahun.  Itu katanya. Tetapi hakikat yang sebenarnya ialah  ini lah manusia yang tidak mengamalkan dasar kebebasan bersuara.

Mahathir sudah lupa bahawa segala bentuk penyelewengan selama 22 tahun dan pengambilan tanah untuk pembinaan KLCC dilakukan seperti memusing air dalam baldi sahaja. Hakikatnya keuntungan tetap berpihak kepadanya dan rakyat sebagai baldi tetap juga ditampok yang sama.

Persidangan  PPBM baru sahaja selesai dan setiap patah ucapan penuh dengan perasaan dendam kesumat dan hasutan serta mengadu domba dimana  rata rata yang ada  menjadi kepimpinan didalam PPBM hanyalah orang orang yang membesarkan tembolok sendiri.

Penubuhan PPBM banyak  berkisar kepada  menceritakan isu kepimpinan dan bukan untuk rakyat. Rata rata mereka yang ada adalah rangkaian yang mempunyai hubungan kroni dan mereka semua bergantung harap dengan dasar Mahathir sewaktu berkuasa untuk merebut hasil rompakan titik peluh rakyat.

Hal ini juga dilakukan oleh anak muridnya yang bernama Azmin dan menggunakan apa sahaja ketika berkuasa untuk memastikan keluarga mereka tidak dalam  kepapaan apabila tidak berkuasa nanti. Sebagaimana kata Guan Eng anak Mahathir telah menjadi billionaire sewaktu umur 50 tahun.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerus mencipta kontroversi dan kali ini dakwaan dilihat cukup berat.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang terpalit dengan tragedi Memali itu bukan sahaja bertindak menyalahkan mufti dalam insiden tersebut malah menggelarkan mereka sebagai kafir.

Tanpa sedikit pun menyentuh tentang peranan beliau dalam tragedi hitam negara itu, Dr. Mahathir berkata, sebagai penasihat raja, mufti sepatutnya menyangkal amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mendorong berlaku insiden berdarah tersebut.

Tindakan Mahathir ini adalah untuk menyembunyikan kesalahannya dimata rakyat dan sebagaimana biasa Mahathir akan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam serta dengan cara itu akan mengubah persepsi rakyat terhadap dirinya.

“Mengapa mufti berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka bersetuju. Kalau mereka setuju pendapat itu, mereka tidak masuk parti Pas, maka mufti kita juga kafir dan orang yang dinasihati mufti juga kafir”.

Tragedi Memali di Baling pada 19 November 1985 memalitkan catatan hitam apabila 18 nyawa terkorban dan ketika banyak pihak menuding perkara itu ke atas bahunya, Dr. Mahathir bertindak menyalahkan bekas timbalannya, Tan Sri Musa Hitam.

Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berterusan menyerang Pas sebagai parti yang memperalatkan agama sehingga membawa kepada ketaksuban dalam kalangan ahlinya seperti yang berlaku di Memali.

Dalam tragedi Memali ini, empat polis dibunuh yang disangka kafir kerana bekerja dengan kerajaan kafir. Pas sebenarnya adalah parti yang memperalatkan dan menjual Islam tetapi rakyat harus berfikir siapakah  yang berkauasa ketika itu dan mengeluarkan arahan agat “pembunuhan” dilakukan?

Harus diingatkan bahawa sebelum ini Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri ketika kejadian itu berlaku telah berbohong dengan mengatakan bahawa  beliau tiada didalam Negara  dan telah menyalahkan kejadian Mamali ini diletakkan dibahu Tan Sri Musa Hitam.

Kesilapan rakyat terpengaruh adalah kerana mereka tidak mengetahui kisah silam yang sebernarnya. Mereka ini tidak mengalami zaman  gelap bersama Mahathir. Apa yang mereka nampak hanya KLCC, SIC yang melonjakkan nama Malaysia di mata dunia hanya kerana bangunan tertinggi.

Tetapi pada ketika itu rakyat yang hidupnya bagaimana? Hanya yang mengalaminya sahaja tahu cerita yang sebenarnya . Bayangkan keadaan ekonomi Mahathir ketika itu- Untuk membeli sebuah kereta “second hand” pun tidak mampu walaupun hanya berharga beberapa ribu sahaja.


Demikianlah Artikel Kata-kata Mahathir Penuh pembohongan, Salahkan Orang Lain Semata-mata

Sekianlah artikel Kata-kata Mahathir Penuh pembohongan, Salahkan Orang Lain Semata-mata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kata-kata Mahathir Penuh pembohongan, Salahkan Orang Lain Semata-mata dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/kata-kata-mahathir-penuh-pembohongan.html

Subscribe to receive free email updates: