Lagi Kenyataan Baru Madey!!!Hadi sedang kafirkan dirinya sendiri, kata Tun M...Insaf Lah Madey

Lagi Kenyataan Baru Madey!!!Hadi sedang kafirkan dirinya sendiri, kata Tun M...Insaf Lah Madey - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagi Kenyataan Baru Madey!!!Hadi sedang kafirkan dirinya sendiri, kata Tun M...Insaf Lah Madey, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi Kenyataan Baru Madey!!!Hadi sedang kafirkan dirinya sendiri, kata Tun M...Insaf Lah Madey
link : Lagi Kenyataan Baru Madey!!!Hadi sedang kafirkan dirinya sendiri, kata Tun M...Insaf Lah Madey

Baca juga


Lagi Kenyataan Baru Madey!!!Hadi sedang kafirkan dirinya sendiri, kata Tun M...Insaf Lah Madey

Serang-menyerang diantara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih berpanjangan, apabila hari ini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menggelar Presiden PAS tersebut sebagai ‘pengkhianat dan sedang mengkafirkan diri sendiri’.

Gelaran itu ditujukan Dr Mahathir kepada Abdul Hadi susulan mengisytiharkan parti pimpinannya akan bertanding di lebih 130 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Hadi tahu bahawa kebanyakan kerusi itu akan kalah.. tetapi dia hanya menangkan (Datuk Seri) Najib melalui cara pecahkan undi. Itu niat dia. Itu bukan Islamik. Dalam Bahasa Melayu kita panggil ia pengkhianat,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Mantan perdana menteri itu juga menyindir PAS apabila kini mengambil pendekatan lebih mesra Umno sedangkan dahulu pernah ‘mengisytiharkan’ parti pemerintah itu sebagai kafir.

“PAS bertanding sebagai PAS tanpa sertai mana-mana gabungan, mereka takkan menang melebihi 11 kerusi.

“Mereka menang bila sertai (gabungan) bersama DAP iaitu 21 kerusi. Sekarang bersendirian, mereka akan kalah. Mereka hanya menolong kawan baik mereka yang dulunya kafir dari Umno. Najib adalah kafir, itu menurut PAS-lah.

“Dia akan bantu kafir ini yang mana dia kata kalau kerja dengan kafir, akan jadi kafir. Sekarang mereka (PAS) bekerjasama dengan Umno. Maknanya dia sedang kafirkan diri sendiri,” katanya lagi.

PAS tidak menyertai PH yang dibentuk hasil gabungan bersama PKR, DAP, Amanah dan PPBM, sebaliknya menubuhkan sebuah blok yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera (GAGASAN) bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).

Untuk rekod, PAS dan PPBM sebelum ini pernah mengadakan rundingan namun ia menemui kegagalan, di mana parti teraju Dr Mahathir itu kemudian menyertai PH.

PAS mendakwa kegagalan rundingan itu berpunca daripada sikap Dr Mahathir yang kerap menyerang Hadi dan juga PAS. PPBM pula mendakwa perkara yang sebaliknya.

Serang menyerang makin memuncak apabila Dr Mahathir menuduh Hadi sebagai antara punca peristiwa di Memali, dengan merujuk sebahagian teks ucapan Hadi yang disebarkan pada 1980-an dan dikenali sebagai “Amanat Hadi”.

Ketika ucapan penggulungan pada perhimpunan agung tahunan PPBM, Sabtu lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, mufti sepatutnya menegur ‘amanat’ berkenaan.

Pengerusi PPBM itu mendakwa, kegagalan mufti menegur amanat berkenaan mendorong penyokong PAS menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga membawa kepada tercetusnya peristiwa Memali pada 1985.

Dalam sidang media hari ini, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Hadi menyalahgunakan Islam melalui amanat tersebut.

“Pembangkang selalu kata perkara buruk mengenai kerajaan. Bila kerajaan maklum balas mereka tak terima.

“Orang yang salah guna Islam adalah Hadi. Hadi dalam amanatnya kata kerajaan masa tu kerajaan kafir.. dan adalah sah untuk melawan dan jika mati, anda akan masuk syurga. Itu salah dalam Islam.. orang yang tahu pasal agama hanya diam,” katanya merujuk kepada golongan mufti.

Peristiwa Memali tercetus pada November 1985 iaitu ketika era pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan guru agama,  Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.

Insiden itu mengorbankan 18 orang termasuk Ibrahim dan empat anggota polis, dan menyaksikan penahan lebih beratus orang.


Demikianlah Artikel Lagi Kenyataan Baru Madey!!!Hadi sedang kafirkan dirinya sendiri, kata Tun M...Insaf Lah Madey

Sekianlah artikel Lagi Kenyataan Baru Madey!!!Hadi sedang kafirkan dirinya sendiri, kata Tun M...Insaf Lah Madey kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagi Kenyataan Baru Madey!!!Hadi sedang kafirkan dirinya sendiri, kata Tun M...Insaf Lah Madey dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/lagi-kenyataan-baru-madeyhadi-sedang.html

Subscribe to receive free email updates: