SETUJU LANTIK MAHATHIR PM SEMENTARA PETANDA REFORMASI DALAM PEMBANGKANG SUDAH MATI

SETUJU LANTIK MAHATHIR PM SEMENTARA PETANDA REFORMASI DALAM PEMBANGKANG SUDAH MATI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SETUJU LANTIK MAHATHIR PM SEMENTARA PETANDA REFORMASI DALAM PEMBANGKANG SUDAH MATI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SETUJU LANTIK MAHATHIR PM SEMENTARA PETANDA REFORMASI DALAM PEMBANGKANG SUDAH MATI
link : SETUJU LANTIK MAHATHIR PM SEMENTARA PETANDA REFORMASI DALAM PEMBANGKANG SUDAH MATI

Baca juga


SETUJU LANTIK MAHATHIR PM SEMENTARA PETANDA REFORMASI DALAM PEMBANGKANG SUDAH MATI

Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohd Aris berkata keputusan Pakatan Harapan untuk mengangkat Dr Mahathir untuk Perdana Menteri sementara memberikan petanda bahawa perjuangan reformasi kini telah ‘menemui ajalnya’di dalam Pakatan Harapan.

Apatah lagi kata Dr Najmil, apabila pemimpin De Facto Pakatan Harapan, yang juga penasihat kepada PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Ini bukti bahawa perjuangan reformasi yang dibawa oleh pakatan harapan yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mati. Keputusan PH untuk meletakkan Dr Mahathir sebagai PM sementara membuktikan bahawa perjuangan reformis yang bermati-matian mempertahankan Anwar dan menentang Dr Mahathir selama ini hanya sia-sia belaka.

“Saya yakin, pastinya ramai dikalangan ahli-ahli dan penyokong pakatan pembangkang, khususnya di dalam PKR merasa amat kecewa dengan keputusan ini apabila mereka sekali lagi terpaksa bertuankan individu yang selama ini mereka gelar sebagai Mahazalim, Mahafiraun dan sebagainya, yang akan kembali menaiki takhta kepimpinan negara sekiranya PH menang,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga melihat keputusan pemimpin PH yang bersetuju mahu mengangkat Dr Mahathir sebagai PM sementara itu merupakan satu lagi kejayaan Mahathir untuk mengekang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

“Saya lihat nasib Datuk Seri Anwar agak malang apabila beliau akhirnya terpaksa akur untuk menjadi PM sementara. Dulu ketika di dalam BN, beliau dipecat oleh Dr Mahathir hanya selangkah sebelum menjadi Perdana Menteri.

“Dan hari ini, biarpun telah berada di blok pembangkang, Dr Mahathir sekali lagi berjaya menidakkan Anwar untuk menjadi calon Perdana Menteri pembangkang yang pertama jika pakatan harapan menang dalam PRU ke 14 ini.

“Agaknya sudah menjadi sumpahan Anwar apabila mahu menjadi Perdana Menteri saja, Dr Mahathir akan muncul dan menghalangnya. Baik di dalam kerajaan mahupun kini di dalam blok pembangkang. Biarpun Dr Mahathir dikatakan hanya mahu menjadi PM sementara saja, siapa tahu sementara itu boleh bertukar menjadi kekal apabila kuasa berada di tangan beliau,” ujarnya.

Tambahnya lagi, keputusan itu juga jelas memperlihatkan, pemimpin pembangkang tidak ada prinsip perjuangan yang tulus, bertuhankan kuasa dan sanggup melakukan apa saja demi untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, biarpun ia bercanggah dengan apa yang diperjuangkan pembangkang selama ini.

“Senario politik hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa ke semua parti politik pembangkang tidak ada nilai-nilai prinsip yang boleh dicontohi dan diyakini rakyat. Semua keputusan mereka adalah lebih berfokus kepada agenda politik kepartian dan kekeluargaan masing-masing.

“Rakyat harus sedar, pakatan harapan tidak ada agenda untuk rakyat, sebaliknya mempergunakan rakyat untuk melaksanakan agenda politik mereka.

“Pakatan mereka tidak stabil dalam setiap sudut, bahkan untuk memilih siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri pun mereka bercelaru. Justeru, tidak ada apa yang rakyat boleh harapkan kepada sebuah gabungan parti yang terbukti tidak boleh diharapkan untuk mentadbir negara,”jelasnya.-MediaUMNO


Demikianlah Artikel SETUJU LANTIK MAHATHIR PM SEMENTARA PETANDA REFORMASI DALAM PEMBANGKANG SUDAH MATI

Sekianlah artikel SETUJU LANTIK MAHATHIR PM SEMENTARA PETANDA REFORMASI DALAM PEMBANGKANG SUDAH MATI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SETUJU LANTIK MAHATHIR PM SEMENTARA PETANDA REFORMASI DALAM PEMBANGKANG SUDAH MATI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/setuju-lantik-mahathir-pm-sementara.html

Subscribe to receive free email updates: