Mahathir calon PM: Ada yang tidak beres dalam Pakatan...

Mahathir calon PM: Ada yang tidak beres dalam Pakatan... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir calon PM: Ada yang tidak beres dalam Pakatan..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir calon PM: Ada yang tidak beres dalam Pakatan...
link : Mahathir calon PM: Ada yang tidak beres dalam Pakatan...

Baca juga


Mahathir calon PM: Ada yang tidak beres dalam Pakatan...

Walaupun cuba disembunyikan, rasa tidak puas hati kelompok dan pemimpin senior dalam pembangkang terhadap keputusan melantik Tun Mahathir Mohamad sebagai calon PM timbul juga.

Selepas wakil Parti Amanah Negara (PAN) memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) sebagai tanda tidak puas hati dengan pembahagian kerusi, PKR Selangor pula tidak bersetuju dengan pencalonan Tun Mahathir Mohamad.

PKR Selangor melahirkan rasa kecewa dengan keputusan pimpinan PH yang mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri dan mempersoalkan mengapa jawatan penting itu tidak diberikan kepada pemimpin dalam parti itu sendiri.

“Dengan saki-baki ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang ada, Keadilan Negeri Selangor dengan ini melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan pengumuman calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

“Sedang kami menghormati keputusan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan, izinkan juga kami menyatakan pendirian yang berbeza. Biarlah ia terakam dalam lipatan sejarah suatu hari nanti,” kata Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor, Hizwan Ahmad dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, tindakan mencalonkan Mahathir disifatkan sebagai agak janggal memandangkan PKR juga sebenarnya mempunyai pemimpin berkaliber untuk diangkat menjawat jawatan tersebut tetapi sebaliknya diberikan kepada bekas perdana menteri itu.

“Justeru, Keadilan Selangor merasa amat janggal untuk mengakui bahawa setelah begitu panjang tempoh perjuangan kita juga setelah dibuktikan dengan rekod luar biasa.

“Parti ini tidak mampu untuk mengangkat seorang tokoh sendiri bagi diusung sebagai calon bakal Perdana Menteri Malaysia,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengakui sedih dan kecewa dengan pengumuman dibuat PH.

Zuraida berkata, selepas 20 tahun berjuang seolah-olah mereka tidak mampu untuk menamakan calon perdana menteri.

“Sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika itu,” katanya.

Semalam, PH mengumumkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14 nanti.


Demikianlah Artikel Mahathir calon PM: Ada yang tidak beres dalam Pakatan...

Sekianlah artikel Mahathir calon PM: Ada yang tidak beres dalam Pakatan... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir calon PM: Ada yang tidak beres dalam Pakatan... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/mahathir-calon-pm-ada-yang-tidak-beres.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :