500 anggota veteran Kg Gajah ikrar sokong PM

500 anggota veteran Kg Gajah ikrar sokong PM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 500 anggota veteran Kg Gajah ikrar sokong PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 500 anggota veteran Kg Gajah ikrar sokong PM
link : 500 anggota veteran Kg Gajah ikrar sokong PM

Baca juga


500 anggota veteran Kg Gajah ikrar sokong PM

Seramai 500 anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Kampung Gajah berikar menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang selama ini sentiasa menjaga kebajikan veteran tentera.

Ketua Cawangan PVTM Kampung Gajah, Haji Shamsuri Ahmad yang mengetuai kumpulan veteran itu berkata, kesemua anggota veteran amat menghargai usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberi keistimewaan berhubung kebajikan veteran tentera di seluruh negara.

``Banyak manfaat dan kemudahan yang diberikan kepada veteran antaranya bantua n kerusi roda, katil dan rawatan percuma seperti pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Hospital Angkatan Tetera dari Lumut dan jualan murah ini yang banyak membantu kami.

``Kami bersyukur dengan adanya manfaat seperti ini yang menunjukkan kepimpinan memberi perhatian kepada kebajikan veteran sekaligus membantu meringankan beban veteran," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan PVATM Cawangan Kampung Gajah pada Ahad.

Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Salak itu dirasmikan Pegawai Khas Menteri Pertahanan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Dr Faizal Datuk Seri Tajuddin.

Sementara itu Dr Faizal berkata, sokongan mantap yang ditunjukkan   anggota veteran tentera  kepada kerajaan BN membuktikan mereka mahu kerajaan sedia ada di bawah kepimpinan Perdana Menteri terus menerajui negara dan membela nasib veteran tentera.

Beliau juga berkata, mesyuarat agung PVATM yang kali pertama diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Salak berjaya mengumpulkan ramai veteran bersama ahli keluarga mereka.

Katanya, ia menyaksikan satu pendekatan baru yang diperkenalkan  oleh Kementerian Pertahanan di mana Kor Kesihatan dan pihak Pernama turun ke lapangan mendekati golongan veteran tentera.

``Bukan setakat bermesyuarat juga berlangsungnya aktiviti sampingan yang disediakan pihak Kementerian Pertahanan antaranya menyediakan perkhidmatan kesihatan dan juga jualan harga barangan Pernama pada harga murah untuk golongan veteran tentera.'' katanya.

Menurut DrFaizal ini juga merupakan hasrat dan inisiatif Menteri Pertahanan, Datuk Seri HishamuddinTun Hussain untuk melihat supaya agensi di bawah ATM memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anggota veteran dan keluarga mereka.


Demikianlah Artikel 500 anggota veteran Kg Gajah ikrar sokong PM

Sekianlah artikel 500 anggota veteran Kg Gajah ikrar sokong PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 500 anggota veteran Kg Gajah ikrar sokong PM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/500-anggota-veteran-kg-gajah-ikrar.html

Subscribe to receive free email updates: