Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH

Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH
link : Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH

Baca juga


Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH

SHAH ALAM: Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengakui satu perbincangan sedang dilakukan mengenai sama ada beliau akan bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Maria berkata bahawa dirinya diminta mempertimbangkan cadangan bertanding sebagai calon ahli parlimen tetapi tidak menamakan parti yang menghubunginya itu.

"Saya sebenarnya dihubungi untuk mempertimbangkan bertanding supaya menjadi suara masyarakat sivil di Parlimen.

"Ini adalah perkara serius yang masih dibincangkan,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Maria menambah bahawa dirinya akan membuat pengumuman apabila ada keputusan nanti.

Selain Maria, spekulasi juga bertiup kencang bahawa peguam terkemuka, Datuk Ambiga Sreenevasan, juga akan berbuat demikian.

Namun bekas presiden Majlis Peguam itu menamatkan segala desas desus dengan mengesahkan beliau tidak akan bertanding.

Ambiga yang dipetik portal itu memberitahu bahawa beliau telah memutuskan untuk tidak bertanding.

"Ada cadangan daripada ahli-ahli masyarakat sivil tertentu supaya kami menawarkan diri sebagai calon, tetapi saya telah menolaknya.
"Saya tidak akan bertanding," kata Ambiga ketika dihubungi.

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa Maria dan Ambiga sedang berundingan dengan PKR, parti komponen Pakatan Harapan mengenai kemungkinan diturunkan sebagai calon.


Demikianlah Artikel Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH

Sekianlah artikel Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/maria-chin-masih-bincang-tanding-pru14.html

Subscribe to receive free email updates: