Ada dalang lebih 400 ahli PPBM buat aduan pada RoS, tuduh Dr Mahathir...Lagi Nak Kelentong Madey Ni

Ada dalang lebih 400 ahli PPBM buat aduan pada RoS, tuduh Dr Mahathir...Lagi Nak Kelentong Madey Ni - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada dalang lebih 400 ahli PPBM buat aduan pada RoS, tuduh Dr Mahathir...Lagi Nak Kelentong Madey Ni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada dalang lebih 400 ahli PPBM buat aduan pada RoS, tuduh Dr Mahathir...Lagi Nak Kelentong Madey Ni
link : Ada dalang lebih 400 ahli PPBM buat aduan pada RoS, tuduh Dr Mahathir...Lagi Nak Kelentong Madey Ni

Baca juga


Ada dalang lebih 400 ahli PPBM buat aduan pada RoS, tuduh Dr Mahathir...Lagi Nak Kelentong Madey Ni

PUTRAJAYA: Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menuduh aduan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu tidak sah, yang dibuat lebih 400 ahli akar umbi parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai didalangi pihak tertentu.

Ujarnya, isi kandungan laporan yang dibuat didapati sama, justeru beliau tidak menolak ada pihak yang cuba menggangu usaha Pakatan Harapan (PH) mendaftar di bawah satu logo dengan RoS.

"Kita hairan kenapa terdapat sehingga 400 ahli-ahli PPBM ini buat laporan yang sama dengan perkataan yang sama kepada RoS?

"Nampak macam ada satu usaha daripada pihak mana saya tidak tahu untuk memberi alasan kepada RoS supaya tidak meluluskan permohonan untuk PH didaftarkan," katanya dalam satu sidang media di Yayasan Perdana, di sini, pagi tadi.   

PPBM sebelum ini berdepan risiko dibubarkan selepas melanggar tiga perlembagaan partinya sendiri.

Pertama, gagal mengadakan AGM selepas setahun ditubuhkan. Kedua menangguhkan sesuka hati AGMnya dan ketiga menggunakan perkataan Armada untuk sayap pemudanya.

Tindakan PPBM melanggar perlembagaan parti sendiri itu menyebabkan permohonan pendaftaran PH untuk bernaung di bawah satu logo terbantut.

PPBM kemudiannya akur dan tergesa-gesa mengadakan AGMnya di IDCC Shah Alam pada 30 Disember 2017.

Sebaik sahaja mesyuarat agung PPBM diadakan, lebih 400 ahli akar umbinya membuat laporan kepada RoS, mendakwa himpunan itu tidak sah.

AGM PPBM juga didakwa diadakan tanpa melibatkan perwakilan yang dipilih melalui mesyuarat di peringkat cawangan, bahagian dan sayap sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

"Ahli-ahli PPBM ini berasa tidak berpuas hati dengan mesyuarat agung ini kononnya tidak sah dan mereka membuat laporan kepada RoS.

"Sudah tentu kalau RoS berpendapat bahawa mesyuarat agung ini tidak sah, maka permohonan untuk mendaftar PH akan terganggu dan tidak akan diluluskan," kata Dr Mahathir.

Terdahulu, ahli akar umbi PPBM mengugut untuk mengadakan bantahan secara aman di hadapan pejabat badan itu, jika aduan mereka tidak disiasat dengan kadar segera.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, siasatan akan mengambil masa yang agak panjang memandangkan jumlah aduan yang banyak.


Demikianlah Artikel Ada dalang lebih 400 ahli PPBM buat aduan pada RoS, tuduh Dr Mahathir...Lagi Nak Kelentong Madey Ni

Sekianlah artikel Ada dalang lebih 400 ahli PPBM buat aduan pada RoS, tuduh Dr Mahathir...Lagi Nak Kelentong Madey Ni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada dalang lebih 400 ahli PPBM buat aduan pada RoS, tuduh Dr Mahathir...Lagi Nak Kelentong Madey Ni dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/ada-dalang-lebih-400-ahli-ppbm-buat.html

Subscribe to receive free email updates: