Chegubard tidak gentar diugut saman pemimpin PKR Selangor

Chegubard tidak gentar diugut saman pemimpin PKR Selangor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Chegubard tidak gentar diugut saman pemimpin PKR Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Chegubard tidak gentar diugut saman pemimpin PKR Selangor
link : Chegubard tidak gentar diugut saman pemimpin PKR Selangor

Baca juga


Chegubard tidak gentar diugut saman pemimpin PKR Selangor

SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, berkata ugutan saman daripada beberapa pemimpin PKR tidak akan menghentikan pendedahannya mengenai kepincangan pentadbiran Kerajaan Selangor.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, dirinya tidak gentar untuk membongkar isu rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri, kerana yakin berada di pihak yang benar.

"Malah, saya cabar Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mat Shuhaimi Shafiei dan ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar untuk menyaman saya.

"Kenapa hendak takutkan mereka (pemimpin PKR). Saya ada cukup bukti dan saya akan terus membongkar kegiatan rasuah serta salah guna kuasa pemimpin PKR Selangor," katanya dipetik BH.

Chegubard turut mendakwa, budaya pemimpin pakatan pembangkang yang sering mengugut untuk menyaman bertujuan menakutkan pihak yang mendedahkan salah laku mereka.

"Bila ugut mahu saman terhadap pihak yang membongkar salah laku mereka, sudah tentu pihak yang akan disaman ini berfikir dua kali dan akhirnya berhenti (membongkar salah laku)," katanya.

Sebelum ini, Chegubard menyerahkan memorandum setebal 300 muka surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan perlombongan pasir haram di Selangor.

Beliau mendakwa, beberapa pemimpin PKR melakukan penipuan, rasuah dan salah guna kuasa bagi mendapatkan tender melombong pasir di Selangor.

Berikutan itu, Mat Shuhaimi dan Dr Xavier memberi amaran kepada Chegubard supaya menarik balik kenyataan mengaitkan pemimpin PKR di Selangor berhubung penipuan, rasuah dan salah guna kuasa bagi mendapatkan permit melombong pasir di negeri itu.

Jika Chegubard gagal berbuat demikian, beliau akan memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas pemimpin PKR itu.


Demikianlah Artikel Chegubard tidak gentar diugut saman pemimpin PKR Selangor

Sekianlah artikel Chegubard tidak gentar diugut saman pemimpin PKR Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Chegubard tidak gentar diugut saman pemimpin PKR Selangor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/chegubard-tidak-gentar-diugut-saman.html

Subscribe to receive free email updates: