Alyah tangguh pembikinan album demi lagu baru

Alyah tangguh pembikinan album demi lagu baru - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Alyah tangguh pembikinan album demi lagu baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alyah tangguh pembikinan album demi lagu baru
link : Alyah tangguh pembikinan album demi lagu baru

Baca juga


Alyah tangguh pembikinan album demi lagu baru

Selepas muncul dengan lagu duet berjudul Mengapa Harus Aku bersama Farawahida tahun lalu, Datin Alyah kini melancarkan single terbaru, Jutaan Purnama.

Meletakkan harapan besar buat single tersebut, Alyah atau nama lengkapnya, Noor Hasliah Abu Hassan,37, turut melakukan penggambaran muzik video di New Zealand sebagai antara langkah promosi lagu ciptaan Hael Hussaini, Ezra Kong dan Omar K itu.

“Awalnya saya ada minta lagu dengan Omar K. Kemudian apabila didengarkan demo untuk lagu Jutaan Purnama, hati terus suka dan mahu rakamkan lagu tersebut secepat mungkin. Lucunya, saya tidak tahu pun lagu tersebut turut dicipta Hael. Jadi bila masuk studio, saya tanya Omar, kenapa ada Hael dan rupa-rupanya dia juga sebahagian daripada team Jutaan Purnama.

“Saya okay sahaja dan Alhamdulillah proses rakamannya tidaklah mengambil masa terlalu lama,” katanya ketika ditemui di majlis ulang tahun kelab peminatnya, Alyah4Ever di Red Box, The Curve, Damansara.

Berkongsi mengenai penggambaran muzik videonya yang dilakukan di luar negara pula, Alyah tidak menafikan sanggup berhabis demi mencapai kepuasan terhadap barisan lagu nyanyiannya.

“Muzik video Engkau Milikku saya lakukan di Ladakh, India dan kali ini saya pilih beberapa lokasi menarik di New Zealand pula untuk single baru. Berhabis puluhan ribu juga untuk realisasikannya. Inilah juga antara sebab saya kena anjakkan rancangan untuk terbitkan album solo demi memastikan perjalanan lagu ini lancar.

“Kalau boleh saya mahu lakukan satu persatu sebab kalau semua nak buat pada satu masa, bimbang andai tidak kesampaian pula. Pada masa sama, mahu berikan yang terbaik untuk Jutaan Purnama,” jelas Alyah yang turut menaruh harapan agar lagu tersebut juga mampu menyaingi impak Kisah Hati dan Sesal Separuh Nyawa.

Alyah juga tidak menafikan sehingga sekarang impak dua lagu itu cukup kuat sehinggakan ada pasangan pengantin yang meminta lagu itu dinyanyikan dua kali.

“Saya gembira tetapi pada masa sama, tetap berdoa agar single baru ini pun mampu untuk pergi jauh seperti mana lagu-lagu balada saya sebelum ini,” kongsi Alyah yang menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai kelompok peminat setia yang tidak putus-putus menyokong perjalanan seninya sejak 18 tahun lalu.

“Mereka adalah kekuatan dan cukup berbesar hati apabila ulang tahun ini turut disertai peminat yang sanggup datang dari Kedah dan Kelantan. Terima kasih atas sokongan anda dan rakan media juga yang sentiasa berikan dorongan,” akhiri Alyah yang turut menerima kejutan sambutan hari jadinya yang ke-37 pada majlis tersebut.

The post Alyah tangguh pembikinan album demi lagu baru appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Alyah tangguh pembikinan album demi lagu baru

Sekianlah artikel Alyah tangguh pembikinan album demi lagu baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Alyah tangguh pembikinan album demi lagu baru dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/alyah-tangguh-pembikinan-album-demi.html

Subscribe to receive free email updates: