ANALISA : JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR, BADI YANG AKAN HANCURKAN PKR

ANALISA : JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR, BADI YANG AKAN HANCURKAN PKR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANALISA : JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR, BADI YANG AKAN HANCURKAN PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANALISA : JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR, BADI YANG AKAN HANCURKAN PKR
link : ANALISA : JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR, BADI YANG AKAN HANCURKAN PKR

Baca juga


ANALISA : JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR, BADI YANG AKAN HANCURKAN PKR

1. Selama seminggu, Menteri Besar Selangor telah diserang oleh pihak-pihak yang sama pakatan dengannya. Bermula dengan Parti Amanah Negara (PAN) Selangor yang memanggil Azmin sebagai badut, kemudian pemimpin otai DAP Selangor iaitu Ronnie Liu yang turut menghentamnya dan mengatakan bahawa Azmin tidak layak untuk menerajui Pakatan di Selangor.

2. Bayangkan sebelum Pilihan Raya berlangsung lagi, Pakatan Harapan telah menghadapi masalah kepimpinan di peringkat Negeri Selangor, sebuah negeri yang dikatakan kubu kuat Pakatan pasca PRU 2008. Keadaan ini berbeza dengan sebelum PRU 13 di mana, Tan Sri Khalid Ibrahim yang berjaya mentadbir Selangor dengan baik sehingga rakyat Selangor memberikan peluang sekali lagi kepada Pakatan di atas aura Tan Sri Khalid yang dilihat sebagai bersih dan tidak banyak politiking dalam pentadbiran negeri.

3. Dari analisa secara kasar, kelihatan Azmin bukan sahaja bakal kehilangan jawatan Menteri Besar, malah kedudukannya sebagai Ahli Parlimen turut terancam. Ini kerana umum mengetahui bahawa Azmin Ali bertanding di kawasan kubu kuat PAS iaitu Parlimen Gombak.

4. Tidak boleh dinafikan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor mempunyai 'badi'nya yang tersendiri. Bermula dengan Datuk Harun Idris, kemudian Tan Sri Mat Taib, Dato' Seri Abu Hassan Omar, Dr. Khir Toyo dan mangsa yang terbaharu adalah Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka ini bukanlah dijatuhkan oleh parti lawan tetapi dari masalah dalaman sendiri. Yang paling kesian adalah Tan Sri Khalid yang dijatuhkan melalui 'Langkah Kajang', semata-mata untuk menabalkan DS Wan Azizah sebagai Menteri Besar tetapi gagal.

5. Tindakan menjatuhkan Tan Sri Khalid sebenarnya membuka ruang dan peluang kepada mana-mana pihak untuk mengambil alih Selangor. Ini kerana selepas kegagalan Langkah Kajang, PAS mula keluar dari pakatan. Pakatan yang dahulunya kukuh dengan memiliki majoriti besar 44 kerusi DUN kini tinggal 29 DUN sahaja yang membentuk majoriti mudah.

6. Ketika ini, parti yang paling selesa adalah DAP kerana parti tersebut bertanding di kawasan majoriti pengundi kaum Cina, kawasan bandar dan separa bandar. Berdasarkan trend pengundi di PRK Sungai Besar, didapati kerusi-kerusi milik PKR, PAS dan PAN akan menghadapi masalah akibat perpecahan blok pengundi Pakatan semasa PRU ke 13. Tambahan pula, parti PKR dan PAS yang saling berhubung secara simbiosis sebelum ini, kini hanya tinggal sejarah. Jika diteliti semasa PRU 13, PKR tidak mempunyai jentera gerak kerja pilihan raya sebagai mana PAS tetapi atas dasar pakatan, PAS merelakan jentera mereka digerakkan bagi memenangkan calon-calon PKR.

7. Harus diingat, sekiranya Pakatan kalah di Selangor, tiada pihak lain yang boleh disalahkan selain daripada pihak mereka sendiri. Tidak perlu menggerakkan kempen 'black out' kerana telah terbukti dan nyata bahawa pengundi mereka terbelah bahagi apabila PAS tidak lagi bersama mereka.

8. Kepada pengundi Selangor, analisa ringkas ini boleh dijadikan panduan kepada anda sekiranya Pakatan kalah di negeri anda. Sekiranya selepas keputusan diumumkan dan ada pihak yang cuba menghasut bahawa pilihan raya tidak dijalankan dengan adil, anda boleh pulangkan paku buah keras kepada pihak tersebut. Yang pasti, kejatuhan Pakatan adalah tidak mustahil, akibat daripada tindakan mereka sendiri.


Demikianlah Artikel ANALISA : JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR, BADI YANG AKAN HANCURKAN PKR

Sekianlah artikel ANALISA : JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR, BADI YANG AKAN HANCURKAN PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ANALISA : JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR, BADI YANG AKAN HANCURKAN PKR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/analisa-jawatan-menteri-besar-selangor.html

Subscribe to receive free email updates: