Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran ‘Haters’ PADAM DIRI SENDIRI

Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran ‘Haters’ PADAM DIRI SENDIRI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran ‘Haters’ PADAM DIRI SENDIRI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran ‘Haters’ PADAM DIRI SENDIRI
link : Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran ‘Haters’ PADAM DIRI SENDIRI

Baca juga


Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran ‘Haters’ PADAM DIRI SENDIRI

Biarpun sudah lebih seminggu berlalu, namun majlis perkahwinan bintang bertaraf antarabangsa, Yuna sehingga kini masih menjadi bualan netizen.

Yuna dan cinta hatinya, Adam Sinclair, selamat diijabkabulkan pada 26 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong Pahang.

Rata-rata memuji kecantikan dan keindahan majlis pasangan ini bermula dengan majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah resort sehinggalah majlis resepsi yang diadakan di ibu negara.

Seperkara lagi yang tentunya menjadi bualan hangat ialah busana pengantin yang dipakai pelantun lagu Dan Sebenarnya itu, yang sekaligus menarik perhatian ramai sehinggakan viral di media sosial.

Namun, ada juga segelintir pihak mengecam gaun pengantin yang dipakai Yuna dengan melemparkan komen seolah-olah memperkotak-katikkan hasil rekaan pereka terkenal Hatta Dolmat, kononnya rekaan itu bukan rekaan baru sebaliknya pernah dihasilkan oleh pereka lain sebelum ini.

Tidak berdiam diri, Yuna akhirnya memberi respon di ruangan komen akaun Instagram miliknya. Dia meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap pihak berkenaan yang disifatkan sebagai kritikan yang melampau sekaligus mencabar mereka agar membuktikan kepakaran mereka dalam bidang fesyen.

“Kepada mereka yang mengambil gambar saya menerusi hashtag saya, hanya semata-mata mahu mengutuk gaun saya, tolong PADAM DIRI ANDA”, tulisnya.

Dalam pada itu, Yuna juga memberitahu dia sangat menghargai hasi kerja keras Hatta yang sanggup berkorban masa dan tidak cukup tidur demi menyiapkan gaun pengantin untuknya. Justeru dia mencabar ‘haters’ berkenaan menunjukkan kepadanya lakaran rekaan mereka supaya orang lain juga boleh melihat kreativiti dan kepakaran pihak tersebut mengenai dunia fesyen.

Bagi Yuna, dia berharap rekaan gaun yang dihasilkan Hatta setidak-tidaknya dapat memberi inspirasi dan contoh terbaik kepada orang lain untuk sentiasa berkerja keras dalam menghasilkan sesuatu.

The post Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran ‘Haters’ PADAM DIRI SENDIRI appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran ‘Haters’ PADAM DIRI SENDIRI

Sekianlah artikel Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran ‘Haters’ PADAM DIRI SENDIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran ‘Haters’ PADAM DIRI SENDIRI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/bengang-gaun-perkahwinannya-dikutuk.html

Subscribe to receive free email updates: