Azmin Ali tahu dia bakal kalah di Gombak - Zahid...Azmin Nak Bertanding Di Bagan Datok ?

Azmin Ali tahu dia bakal kalah di Gombak - Zahid...Azmin Nak Bertanding Di Bagan Datok ? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin Ali tahu dia bakal kalah di Gombak - Zahid...Azmin Nak Bertanding Di Bagan Datok ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin Ali tahu dia bakal kalah di Gombak - Zahid...Azmin Nak Bertanding Di Bagan Datok ?
link : Azmin Ali tahu dia bakal kalah di Gombak - Zahid...Azmin Nak Bertanding Di Bagan Datok ?

Baca juga


Azmin Ali tahu dia bakal kalah di Gombak - Zahid...Azmin Nak Bertanding Di Bagan Datok ?

Hasrat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk mungkin disebabkan beliau sedar kerusi yang disandangnya ketika ini tidak dapat dipertahankan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata anggota Parlimen Gombak itu mahu mencuba nasib untuk bertanding di kawasan lain pada PRU14 kerana kawasan yang diwakilinya ketika ini menghadapi banyak masalah dan berdepan dengan rungutan penduduk.

"Mungkin orang itu (Azmin Ali) merasakan kawasan sedia ada untuk beliau pertahan akan alami kekalahan sebab itu (dia) cuba nasib di kawasan lain. Saya harap sebelum berniat untuk berpindah kawasan, sila lakukan pembaikan perkhidmatan terutama dari segi kemudahan asas kepada pengundi yang diwakili.

"Saya tahu dia (Azmin Ali) main-main sahaja. Dalam politik ini bukan boleh main-main," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Teluk Buluh, Kampung Selekoh dan Pekan Bagan Datuk di Hutan Melintang  Sabtu.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan mana-mana individu yang berniat untuk bertanding sama ada di Bagan Datuk atau di Pekan, Pahang.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Menteri Besar Selangor itu menyatakan beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk yang kini disandang Ahmad Zahid menjelang PRU14 ini.

Bagaimanapun, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata beliau masih menunggu dan perkara itu bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan.

Pada PRU13, Ahmad Zahid memenangi kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 2,108 undi.


Demikianlah Artikel Azmin Ali tahu dia bakal kalah di Gombak - Zahid...Azmin Nak Bertanding Di Bagan Datok ?

Sekianlah artikel Azmin Ali tahu dia bakal kalah di Gombak - Zahid...Azmin Nak Bertanding Di Bagan Datok ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin Ali tahu dia bakal kalah di Gombak - Zahid...Azmin Nak Bertanding Di Bagan Datok ? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/azmin-ali-tahu-dia-bakal-kalah-di.html

Subscribe to receive free email updates: