DAKWAAN NEGARA JUAL TANAH KEPADA CHINA BERMOTIFKAN POLITIK

DAKWAAN NEGARA JUAL TANAH KEPADA CHINA BERMOTIFKAN POLITIK - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAKWAAN NEGARA JUAL TANAH KEPADA CHINA BERMOTIFKAN POLITIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAKWAAN NEGARA JUAL TANAH KEPADA CHINA BERMOTIFKAN POLITIK
link : DAKWAAN NEGARA JUAL TANAH KEPADA CHINA BERMOTIFKAN POLITIK

Baca juga


DAKWAAN NEGARA JUAL TANAH KEPADA CHINA BERMOTIFKAN POLITIK

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang berterusan mendakwa negeri ini dijual kepada China adalah bermotifkan politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pihak yang melemparkan dakwaan sedemikian sebenarnya tidak memahami tentang model pem­bangunan yang digunakan di negeri ini.

“Saya difahamkan oleh Wi­layah Ekonomi Pantai Timur (ECER), kita ada syarikat tujuan khas (SPV) dan kedua-dua negara iaitu Malaysia dan China masing-masing mempunyai kepentingan.

“Tetapi dari segi kawalan, ia masih di bawah Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat hak milik Rancangan Ta­nah Berkelompok (RTK) Tebing Tinggi kepada 311 pe­nerima di Dewan Utama Bahagian Teknologi Pendidikan Ne­geri, Beserah di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Seri Abu Bakar dan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid.

Baru-baru ini, negeri ini terus menjadi sasaran menerusi penyebaran gambar kereta peronda menggunakan logo polis China yang tular di media sosial yang didakwa berada di Kuantan.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad berkata, kenderaan itu digunakan untuk penggambaran filem bertajuk The Original Sin di Putrajaya bagi tayangan di China.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan ne­geri tidak akan menjual tanah kepada China.

“Berhubung Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di sini, tidak betul apabila ada pihak mendakwa kawasan itu tidak boleh dimasuki oleh sesiapa. Benar ia kawasan kilang dan tidak boleh dimasuki oleh orang luar secara sewenang-wenangnya tetapi kita boleh melawat kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu beliau ber­kata, kerajaan negeri akan melanjutkan tempoh pindah milik tanah kurniaan kerajaan negeri dari lima tahun sebelum ini kepada 10 tahun.

“Langkah ini penting bagi memastikan pemilik tanah tidak sewenang-wenangnya menjual tanah mereka. Isu jual tanah selepas mendapat hak milik ini serius dan permohonan yang dibuat begitu banyak. Sebab itu, kita mahu tempoh pindah hak milik ini dilanjutkan,” ujarnya.


Demikianlah Artikel DAKWAAN NEGARA JUAL TANAH KEPADA CHINA BERMOTIFKAN POLITIK

Sekianlah artikel DAKWAAN NEGARA JUAL TANAH KEPADA CHINA BERMOTIFKAN POLITIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAKWAAN NEGARA JUAL TANAH KEPADA CHINA BERMOTIFKAN POLITIK dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/dakwaan-negara-jual-tanah-kepada-china.html

Subscribe to receive free email updates: