Baca Jawapan Che Ta Kenapa Pakai Niqab Hanya Di Makkah?

Baca Jawapan Che Ta Kenapa Pakai Niqab Hanya Di Makkah? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Baca Jawapan Che Ta Kenapa Pakai Niqab Hanya Di Makkah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Baca Jawapan Che Ta Kenapa Pakai Niqab Hanya Di Makkah?
link : Baca Jawapan Che Ta Kenapa Pakai Niqab Hanya Di Makkah?

Baca juga


Baca Jawapan Che Ta Kenapa Pakai Niqab Hanya Di Makkah?

PELAKON Rozita Che Wan berkata dia menerima kritikan daripada netizen yang mempersoalkan niatnya memakai niqab atau penutup muka purdah ketika berada di tanah suci Makkah.

Menurut Rozita atau Che Ta, 45, dia mempunyai beberapa sebab terpaksa menyarungkan niqab tersebut semasa mengerjakan ibadah umrah.

“Ramai tanya saya kenapa pakai niqab semasa di Makkah sahaja dan apabila sampai di Kuala Lumpur dah tak pakai? Pada hal menutup muka ini tak wajib pun.

“Sebenarnya, ada sebab saya berniqab di sana. Sebagai selebriti tak nak terganggu ibadah kerana orang kenal. Selain itu, boleh halang daripada orang batuk atau bersin depan muka.

“Maklumlah, ramai orang dekat sana, beratus ribu jumlah jemaah. Sekurang-kurangnya dapat elakkan penyakit dan kurangkan risiko jangkitan,” katanya.

Che Ta berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi siaran langsung Facebook milik pengurus acara, Syed Wafa setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Pelakon drama Kak Marr ini selamat mengerjakan ibadah umrah selama 12 hari dan ia merupakan kali ke sepuluh dia melakukan ibadah berkenaan.

Sementara itu, isteri kepada aktor Zain Saidin ini berkata masih ada rakyat Malaysia yang menyedari kehadirannya semasa berada di Kota Makkah.

Dia turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya sombong dan mengelakkan diri untuk bergambar ketika sedang mengerjakan ibadah Umrah.

“Walaupun berniqab, ada juga peminat yang perasaan kewujudan saya sebab berjalan bersebelahan dengan Zain Saidin. Jadi, daripada situ orang tahu perempuan sebelah Zain ialah Che Ta.

“Kalau dalam masjid saya buka niqab dan ada pula orang kata saya sombong sebab tak nak bergambar. Hakikatnya, saya ada letakkan had masa 30 minit untuk bergambar,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta mengakui berasa rindu terhadap anak-anak terutamanya anak bongsu iaitu Aaisyah Dhia Rana yang terpaksa di tinggalkan di Malaysia.

“Ini kali pertama Aaisyah ditinggalkan selama 12 hari. Kami telefon pun dia tak nak cakap, merajuk. Sekejap lagi sampai rumah kena pujuklah.

“Bila berada di Makkah memang rindu sangat dekat anak-anak sampaikan tengok anak kucing pun kita teringat anak-anak kita. Insya-Allah satu hari nanti nak pergi lagi bersama keluarga,” ujarnya.

The post Baca Jawapan Che Ta Kenapa Pakai Niqab Hanya Di Makkah? appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Baca Jawapan Che Ta Kenapa Pakai Niqab Hanya Di Makkah?

Sekianlah artikel Baca Jawapan Che Ta Kenapa Pakai Niqab Hanya Di Makkah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Baca Jawapan Che Ta Kenapa Pakai Niqab Hanya Di Makkah? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/baca-jawapan-che-ta-kenapa-pakai-niqab.html

Subscribe to receive free email updates: