Bekas Penyampai Radio Popular Di Suria FM

Bekas Penyampai Radio Popular Di Suria FM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Penyampai Radio Popular Di Suria FM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Penyampai Radio Popular Di Suria FM
link : Bekas Penyampai Radio Popular Di Suria FM

Baca juga


Bekas Penyampai Radio Popular Di Suria FM

Bersempena hari radio sedunia yang akan disambut pada 13 Februari ini, Suria FM mengambil inisiatif menjemput bekas penyampai radio negara ini untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Pengurus program Suria FM, DJ Lin atau Roslinda Abd Majid berkata, undangan tersebut bertujuan untuk berkongsi pengalaman suka dan duka sepanjang mereka berkecimpung dalam industri penyiaran radio.

“Bidang penyiaran radio bukanlah semudah yang disangka. Berbekalkan pengalaman mereka yang lebih daripada 10 tahun dalam bidang ini, kami percaya banyak warna-warni dunia penyiaran radio yang dapat dikongsikan dengan peminat di luar sana.

“Saya yakin peminat juga akan sama teruja untuk mendengar kombinasi penyampai lama dan baru dalam satu konti apabila keudara kelak.

“Mereka akan memeriahkan segmen Suria Pagi dan Suria Petang bermula 5 Februari sehingga 9 Februari ini,” katanya .

Antara bekas penyampai yang diundang ialah David Low (Era FM), Fara Fauzana (Hot FM), Faizal Ismail (Hot FM), Kieran (Hot FM) dan Khairil Rashid (Sinar FM).

Selain itu, Sazali Said (RTM), Chuari Selamat (RTM) dan Fauziah Nawi (RTM) turut dijemput ke studio Suria untuk berkongsi pengalaman mereka.

Dalam perkembangan lain, DJ Lin turut memaklumkan Suria FM akan membuat siaran langsung di Petronas NKVE Damansara pada 13 Februari ini.

“Istimewanya kali ini, 100 pendengar terawal yang hadir akan berpeluang bertemu penyampai-penyampai Suria seperti DJ Lin sendiri, Zulin Aziz, Fizi Ali, Brian, Bob Ringgo, Tyzo dan Suraya selain dapat bersarapan percuma dan barangan eksklusif Suria.

“Kami akan berada di sana dari pukul 7 pagi sehingga 10 pagi. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Suria dan media sosial kami,” ujarnya.

The post Bekas Penyampai Radio Popular Di Suria FM appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bekas Penyampai Radio Popular Di Suria FM

Sekianlah artikel Bekas Penyampai Radio Popular Di Suria FM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Penyampai Radio Popular Di Suria FM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/bekas-penyampai-radio-popular-di-suria.html

Subscribe to receive free email updates: