link : Kapal cari MH370 ‘hilang’ tiga hari
Kapal cari MH370 ‘hilang’ tiga hari
Sebuah kapal carian canggih yang dihantar untuk menjejaki pesawat MH370 dilaporkan hilang dari radar selama tiga hari, sekali gus mencetuskan teori konspirasi baharu.
Kapal Seabed Constructor dilengkapi Sistem Pengesanan Automatik (AIS) itu hilang secara misteri pada 31 Januari lalu selepas ia mematikan sistem pengesanannya.
Kapal yang meninggalkan Pelabuhan Durban di Afrika Selatan pada 2 Januari lalu itu bagaimanapun berjaya dihubungi semula, malam semalam selepas melalui 80 jam perjalanan tidak didokumentasikan.
Punca kehilangannya secara sementara kapal itu yang telah melakukan ekspedisi selama 10 hari masih tidak jelas.
Difahamkan, kapal terbabit memeterai kontrak ‘tak jumpa, tiada bayaran’ oleh syarikat khusus dalam mengumpul data dasar laut geofizik berpusat di Texas, Ocean Infinity.
Ia merancang untuk menggunakan peralatan pengimbasan sonar untuk mencari pesawat tersebut yang hilang ketika membawa 239 penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Menurut laporan Fox News, syarikat berpusat di Amerika Syariakt itu turut ditawarkan lebih AS$55 juta (RM214.9 juta) jika ia menemui pesawat MH370 itu dalam tempoh 90 hari.
The post Kapal cari MH370 ‘hilang’ tiga hari appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kapal cari MH370 ‘hilang’ tiga hari
Anda sekarang membaca artikel Kapal cari MH370 ‘hilang’ tiga hari dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/kapal-cari-mh370-hilang-tiga-hari.html