KERAJAAN SELANGOR BATAL 9 PROJEK RUMAH SELANGORKU, NAIKKAN CUKAI TAKSIRAN 400 PERATUS

KERAJAAN SELANGOR BATAL 9 PROJEK RUMAH SELANGORKU, NAIKKAN CUKAI TAKSIRAN 400 PERATUS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERAJAAN SELANGOR BATAL 9 PROJEK RUMAH SELANGORKU, NAIKKAN CUKAI TAKSIRAN 400 PERATUS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERAJAAN SELANGOR BATAL 9 PROJEK RUMAH SELANGORKU, NAIKKAN CUKAI TAKSIRAN 400 PERATUS
link : KERAJAAN SELANGOR BATAL 9 PROJEK RUMAH SELANGORKU, NAIKKAN CUKAI TAKSIRAN 400 PERATUS

Baca juga


KERAJAAN SELANGOR BATAL 9 PROJEK RUMAH SELANGORKU, NAIKKAN CUKAI TAKSIRAN 400 PERATUS

KERAJAAN Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku bukan sahaja telah membatalkan sembilan projek Rumah Selangorku yang diluluskan sebelum ini, malah menaikkan cukai taksiran terhadap kediaman sekitar Daerah Kuala Langat sehingga 400 peratus.

Berhubung pembatalan pembinaan Rumah Selangorku, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad mendakwa kelulusan projek-projek tersebut telah dibatalkan kerana pemaju gagal mendapatkan Kebenaran Merancang dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Namun demikian, apa yang menjadi persoalan adalah pembatalan tersebut telah dibuat selepas dua tahun dari tempoh tarikh kelulusan MMKN, walhal Iskandar mengatakan bahawa kerajaan negeri senantiasa memantau projek-projek yang telah diluluskan dan mengambil tindakan tegas ke atas pemaju yang melewat-lewatkan pembinaan projek Rumah Selangorku, seperti dipetik menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan beliau, semalam.

Untuk rekod, pembatalan sembilan projek tersebut melibatkan tiga projek di Kajang, dua projek di Selayang dan masing-masing satu projek di Subang Jaya, Shah Alam, Ampang Jaya dan Klang, kesemuanya diluluskan antara tahun 2014 hingga 2016.

Sementara itu, berhubung kenaikan 400 peratus kadar cukai taksiran bagi setiap kediaman di Daerah Kuala Langat, aduan telah disuarakan oleh penduduk sekitar yang menyifatkannya sebagai tidak wajar kerana terlalu tinggi dan amat membebankan.

Berdasarkan laporan media tempatan, seorang penduduk setempat Abdul Talib Jali, 54, dipetik berkata kenaikan cukai yang mendadak itu sangat mengejutkan dan alasan yang dikemukakan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) tidak masuk akal kononnya ia disebabkan harga rumah yang beliau duduki sudah meningkat.

Dia yang tinggal di Taman Nakhoda, daerah berkenaan berkata tahun lalu, cukai taksiran hanya sebanyak RM52.80 setahun tetapi pada tahun ini ia meningkat lebih 400 peratus sehingga menjadi RM508.40.

“Di sini adalah kawasan Majlis Daerah, bukan Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya. Saya bangkitkan perkara ini kerana ia adalah kawasan kampung sehingga beberapa pembangunan dilaksanakan.

“Saya tengok kadar 11 peratus dikenakan kepada penduduk. Jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus pun rakyat sudah bising, macam mana mereka mengurus negeri ini, sungguh caca-merba,” katanya.


Demikianlah Artikel KERAJAAN SELANGOR BATAL 9 PROJEK RUMAH SELANGORKU, NAIKKAN CUKAI TAKSIRAN 400 PERATUS

Sekianlah artikel KERAJAAN SELANGOR BATAL 9 PROJEK RUMAH SELANGORKU, NAIKKAN CUKAI TAKSIRAN 400 PERATUS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERAJAAN SELANGOR BATAL 9 PROJEK RUMAH SELANGORKU, NAIKKAN CUKAI TAKSIRAN 400 PERATUS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/kerajaan-selangor-batal-9-projek-rumah.html

Subscribe to receive free email updates: