link : Priyanka Chopra belum ada kekasih
Priyanka Chopra belum ada kekasih
Aktres jelita Bollywood Priyanka Chopra akhirnya membuka mulut mengenai kisah peribadinya selepas sekian lama berahsia.
Kata Priyanka kepada Majalah Harper’s Bazaar Arabia, dia kini kembali solo selepas melalui detik sukar dalam perhubungan.
“Buat masa ini saya tidak menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki selepas dikecewakan.
“Saya sukakan lelaki yang selalu beri perhatian dan melindungi saya. Jika dia tidak pintar dan tidak mampu memenangi hati saya, hubungan itu tidak akan berhasil.
“Apa yang penting dalam perhubungan adalah dia perlu tahu saya berjiwa sentimental dan romantik,” katanya.
Menurut aktres yang terkenal menerusi drama Amerika, Quantico itu, dia bersyukur kerana tiada desakan daripada keluarga meski usianya sudah mencecah 35 tahun.
Keluarga saya tidak pernah beri tekanan. Saya lebih selesa menghabiskan masa dengan mereka dan kawan rapat.
“Berkahwin dan memiliki cahaya mata adalah impian saya. Saya percaya dengan institusi perkahwinan dan keluarga. Jika diizinkan Tuhan, saya mahu ramai anak.
“Malangnya, saya belum tahu siapakah lelaki yang bakal mengetuk pintu hati ini dengan ikhlas,” katanya.
The post Priyanka Chopra belum ada kekasih appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Priyanka Chopra belum ada kekasih
Anda sekarang membaca artikel Priyanka Chopra belum ada kekasih dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/priyanka-chopra-belum-ada-kekasih.html