LELAKI GAY JUGA DIBERKATI, KATA ABANG SYED SADDIQ....KENAPA NAK PERLU DIBANGGAKAN...?

LELAKI GAY JUGA DIBERKATI, KATA ABANG SYED SADDIQ....KENAPA NAK PERLU DIBANGGAKAN...? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LELAKI GAY JUGA DIBERKATI, KATA ABANG SYED SADDIQ....KENAPA NAK PERLU DIBANGGAKAN...?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LELAKI GAY JUGA DIBERKATI, KATA ABANG SYED SADDIQ....KENAPA NAK PERLU DIBANGGAKAN...?
link : LELAKI GAY JUGA DIBERKATI, KATA ABANG SYED SADDIQ....KENAPA NAK PERLU DIBANGGAKAN...?

Baca juga


LELAKI GAY JUGA DIBERKATI, KATA ABANG SYED SADDIQ....KENAPA NAK PERLU DIBANGGAKAN...?

Syed Abdullah, abang kepada Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi popular pada minggu ini setelah kenyataannya mendokong gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) menjadi tular di media sosial.

Katanya, sepertimana individu lain di dunia ini, pasangan gay juga adalah insan yang diberkati dan indah.

“Jangan mendiskriminasi masyarakat gay, kerana mereka diberkati dan indah sepertimana insan lain di bumi,” kata Syed Abdullah sambil menggesa perubahan kerajaan Malaysia agar pasangan gay boleh hidup dengan aman.

Pengakuan Syed Abdullah dibuat menerusi ruangan komen seorang pengguna Facebook dikenali dengan nama Tun Carlos yang memuat naik sembilan keping ‘screen shot’ instagram abang Syed Saddiq itu di Facebook.

Gambar-gambar berkenaan antara lain menunjukkan Syed Abdullah mencium seekor anjing, bersaji di sebuah restoran yang menghidangkan arak serta pertemuannya bersama Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Posting tersebut mendapat perhatian rakan Syed Saddiq bernama Tino Giuffrida yang tidak berpuas hati dengan tindakan Tun Carlos memuatnaik gambar-gambar berkenaan.

Tino mempertahankan Syed Abdullah sambil membidas Tun Carlos kerana sengaja mencipta aib demi mendapatkan upah, dan seterusnya episod debat maya antara mereka bermula.

Kedua-dua mereka memperlekeh antara satu sama lain dan Tino mempersenda gaya rambut Tun Carlos sepertimana tertera pada gambar profilnya sebagai gaya lelaki gay.

“Lelaki tidak boleh berambut panjang kan, jika kita nak homofobia macam kamu. Mungkin kamu homofobia kerana jauh didalam diri kamu juga sebenarnya juga gay,” kata Tino.

Kenyataan oleh Tino kemudiannya disokong oleh Syed Abdullah yang menyifatkan perdebatan antara Tun Carlos dan Tino ibarat buku bertemu ruas.

“Tun Carlos, anda cari gaduh dengan orang yang salah. Mari lihat kamu berdepan dengan rakan antarabangsa saya yang cukup berpendidikan untuk mengetahui benar dan salah. Berfikiran sempit adalah satu perkara tetapi bodoh perkara lain.

“Kenyataan anda akan diperkatakan oleh seluruh rakan saya disini. Semoga berjaya mendepaninya. Penjelasan yang hebat Tino Giuffrida,” kata Syed Abdullah.

Tidak mengalah, Tun Carlos kembali mempertahankan dirinya dengan menjelaskan bahawa setiap agama tidak merestui hubungan sejenis.

“Kini di negara barat yang mengamalkan demokrasi katakan, apa yang majoriti katakan, mereka adalah pemenang. Tetapi didalam Islam, majoriti tidak menang tetapi “kebenaran” yang menang.

Isu ini sudah berlarutan semenjak empat hari lalu dan sehingga kini Syed Saddiq masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pengakuan abangnya itu.

Selain itu, Syed Saddiq turut digesa untuk menyatakan samaada kenyataan abangnya juga mewakili pendirian Pakatan Harapan, khususnya PPBM .


Demikianlah Artikel LELAKI GAY JUGA DIBERKATI, KATA ABANG SYED SADDIQ....KENAPA NAK PERLU DIBANGGAKAN...?

Sekianlah artikel LELAKI GAY JUGA DIBERKATI, KATA ABANG SYED SADDIQ....KENAPA NAK PERLU DIBANGGAKAN...? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LELAKI GAY JUGA DIBERKATI, KATA ABANG SYED SADDIQ....KENAPA NAK PERLU DIBANGGAKAN...? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/lelaki-gay-juga-diberkati-kata-abang.html

Subscribe to receive free email updates: