PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M

PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M
link : PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M

Baca juga


PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M

KOTA BHARU: Zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri adalah lebih baik berbanding era Tun Dr Mahathir Mohamad, ujar Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Perkara itu diakui kerajaan PAS Kelantan berdasarkan hubungan di antara kerajaan negeri dan Pusat juga semakin baik walaupun ada perkara belum ditunaikan.

"Memang berbeza kalau mahu dibandingkan zaman Tun Mahathir dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib. Zaman Tun Abdullah dan Najib menjadikan hubungan Kelantan dengan Pusat lebih baik.

"Namun, banyak perkara lagi yang Kerajaan Pusat belum laksanakan seperti tuntutan royalti dan kita berharap ia dipertimbangkan.

"Walaupun masih agak terpinggir berbanding negeri diterajui Barisan Nasional (BN), sekurang-kurangnya terdapat perbezaan dari segi hubungan," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1, berkata beliau sentiasa mengutamakan rakyat Kelantan.

Ia, katanya, termasuk melaksanakan pembangunan projek yang dapat melenyapkan 'mimpi ngeri' rakyat negeri ini yang sering dilanda banjir termasuk banjir besar pada 2014.

"Saya tidak mahu ada yang ketinggalan. Ini berdasarkan prinsip Islam yang mahu kita jadi pemimpin adil kepada semua. Sebab itulah saya berbeza dengan pemimpin terdahulu yang memerintah 22 tahun, tapi meminggirkan Kelantan atas perbezaan politik," kata Najib

Mohd Amar turut mengakui Kelantan bergantung kepada bantuan Kerajaan Pusat, sama seperti negeri lain.

"Pulau Pinang dan Selangor pun bergantung kepada Kerajaan Pusat, malah Selangor sendiri ada hutang dengan Kerajaan Pusat.

"Sekiranya Kerajaan Pusat tidak bantu dari segi agensi, negeri tidak boleh berjalan. Apa yang pasti, tiada negeri mampu hidup tanpa bantuan pusat," katanya.


Demikianlah Artikel PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M

Sekianlah artikel PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Kelantan akui zaman Najib lebih baik berbanding Tun M dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pas-kelantan-akui-zaman-najib-lebih.html

Subscribe to receive free email updates: