PROTON AKAN DIPULIHKAN HINGGA MAMPU TAWAN DUNIA – JANJI PM

PROTON AKAN DIPULIHKAN HINGGA MAMPU TAWAN DUNIA – JANJI PM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PROTON AKAN DIPULIHKAN HINGGA MAMPU TAWAN DUNIA – JANJI PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PROTON AKAN DIPULIHKAN HINGGA MAMPU TAWAN DUNIA – JANJI PM
link : PROTON AKAN DIPULIHKAN HINGGA MAMPU TAWAN DUNIA – JANJI PM

Baca juga


PROTON AKAN DIPULIHKAN HINGGA MAMPU TAWAN DUNIA – JANJI PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beri jaminan kerajaan di bawah pimpinannya akan memulih dan memajukan Proton sehingga menempa nama di persada dunia.

Beliau malahan berkata pihak kerajaan sendiri sentiasa komited untuk memastikan Proton dan Bandar Tanjung Malim tidak lenyap, sebaliknya terus menempa zaman yang lebih cemerlang.

Katanya berdasarkan kajian dijalankan oleh pihak kerajaan, masalah yang menimpa syarikat berkenaan adalah disebabkan model ekonomi berpaksikan semangat nasionalisme, bukannya global.

“Oleh kerana ada campur tangan politik dalam pentadbiran Proton, kita rasakan kita tidak akan biarkan Proton lenyap tetapi Proton perlukan sokongan dan dokongan kerajaan untuk dipulihkan.

“Kerajaan pimpinan saya akan memulihkan semula dan sebab itu, kalau ada orang kata kita tidak mahu tolong, ia merupakan pendustaan. Kita bahkan bagi suntikan modal dan insentif,” tegas Najib.

Tanpa sebut secara khusus mana-mana individu, umum maklum beliau merujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah ‘kuasai’ Proton sehingga menyebabkan syarikat itu gagal berkembang baik.

Najib kemudian melancarkan Kluster Automotif Nasional @ Proton City di sini, hari ini. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Turut serta ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Duta China ke Malaysia, Bai Tan dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Pelan pembangunan kluster itu melibatkan Bandar Belia 1Malaysia; Edu City; hab automotif berteknologi tinggi yang merangkumi teknologi kereta elektrik, teknologi hijau, teknologi Industri 4.0 dan kecerdasan buatan.

Turut dibangunkan ialah pemasangan kereta berjenama global dan pengeluaran kenderaan untuk pasaran eksport. Ini bakal menyaksikan jumlah penduduk setempat juga meningkat lebih dua kali ganda.

Najib juga berkata rakan strategik yang dipilih Proton, Geely dari China merupakan syarikat antarabangsa yang paling sesuai untuk memajukan Proton berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang cemerlang.

“Saya yakin keputusan (memilih) Geely tepat kerana ia mengeluarkan sebanyak 1.5 juta unit setahun, memiliki Volvo, mempunyai teknologi tinggi dan sanggup memindahkan teknologi kepada jurutera Proton.

“Teknologi kereta elektrik, mungkin akan ada ‘kereta terbang’ Proton selepas ini. Kalau kita masih berada di takuk lama, tidak mungkin kita boleh bertahan dalam persaingan yang hebat,” katanya.

Perdana Menteri berkata bandar Tanjung Malim bakal menerima limpahan daripada Kluster Automotif Nasional itu dengan mengalami perubahan drastik dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang.

“Saya melihat bandar Tanjung Malim sebagai sebuah bandar yang berpotensi. Selama ini, Tanjung Malim memang agak malap tetapi sekarang berada di persimpangan masa depan yang cukup cerah.

“Sebagai sebuah kerajaan, saya sendiri dan menteri besar akan bekerjasama seerat mungkin untuk menjadikan ini bukan lagi impian kosong tetapi suatu realiti,” kata Najib lagi penuh semangat.

Bagaimanapun, ujar beliau kerajaan Barisan Nasional tetap memerlukan sokongan dan mandat rakyat untuk terus memajukan kawasan berkenaan. – Agensi


Demikianlah Artikel PROTON AKAN DIPULIHKAN HINGGA MAMPU TAWAN DUNIA – JANJI PM

Sekianlah artikel PROTON AKAN DIPULIHKAN HINGGA MAMPU TAWAN DUNIA – JANJI PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PROTON AKAN DIPULIHKAN HINGGA MAMPU TAWAN DUNIA – JANJI PM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/proton-akan-dipulihkan-hingga-mampu.html

Subscribe to receive free email updates: