Rezeki saya masih di sini

Rezeki saya masih di sini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rezeki saya masih di sini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rezeki saya masih di sini
link : Rezeki saya masih di sini

Baca juga


Rezeki saya masih di sini

“Saya masih ada dalam bidang hiburan, cuma ketika ini banyak menumpukan kepada pengarahan. Alhamdulillah, tawaran berlakon masih ada dan saya masih mencari rezeki menerusi seni,” kata pelakon dan pengarah Ramli Salleh.

Terkenal dengan watak antagonis hampir 30 tahun lalu, dia yang kini berusia 58 tahun banyak terbabit dengan pengarahan serta penulisan skrip dan masa yang terluang banyak dihabiskan untuk belajar menjadi pengarah.

Menurutnya, dia bersyukur kerana pelakon lama sepertinya masih lagi mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan, malah ramai pelakon seangkatan era 1980-an masih bergiat aktif.

“Ramai yang masih lagi berlakon dan masih melakonkan watak utama seperti Datuk Jalaluddin Hassan. Kami bermula bersama-sama selepas saya berhenti kerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1989.

“Walaupun sudah lama berkecimpung sebagai pelakon, minat yang ada masih sama. Saya sudah membintangi lebih 300 drama dan sehingga kini masih diberi ruang oleh pengarah baru,” katanya.

Ramli berkata, sepanjang tahun lalu, dia mengarahkan dua drama yang mendapat maklum balas positif daripada peminat dan rakan di dalam industri menyebabkan dia ingin menghasilkan drama lebih bermutu pada masa depan.

Katanya, ramai yang sedar ketiadaannya sebelum ini, namun tidak mengetahui dia sebenarnya belajar untuk menjadi pengarah drama.

“Saya belajar menjadi penolong pengarah, tulis skrip dan semua aspek di belakang tabir. Selepas itu, saya pula jadi pengarah dan Alhamdulillah, pengalaman sebagai orang lama banyak membantu,” katanya.

Dia turut menasihatkan pelakon baru supaya pandai membawa diri, menjaga nama baik dan maruah supaya tidak terjebak dengan isu yang boleh menjejaskan imej sebagai public figure.

Katanya, amalan itu dilakukan pelakon generasi terdahulu sehingga mampu mengekalkan populariti dan lebih dikenali dengan mutu lakonan tersendiri serta mempunyai kualiti dalam setiap watak yang dibawa.

“Bukan mudah menjadi insan seni. Rupa saja tidak akan membawa kita ke mana kalau hasil lakonan dan inisiatif tidak seberapa. Semua itu perlu seiring kerana inilah periuk nasi seorang anak wayang,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri sehingga kini masih mendalami ilmu lakonan dan tidak kesah menerima teguran walaupun daripada pelakon baru kerana baginya, semua itu adalah ilmu yang akan membentuk dirinya menjadi pelakon yang versatil.

The post Rezeki saya masih di sini appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rezeki saya masih di sini

Sekianlah artikel Rezeki saya masih di sini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rezeki saya masih di sini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/rezeki-saya-masih-di-sini.html

Subscribe to receive free email updates: