PRU14: PAS umum nama calon di Lembah Pantai....Nurul Izzah Pasti Angkat Kaki

PRU14: PAS umum nama calon di Lembah Pantai....Nurul Izzah Pasti Angkat Kaki - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: PAS umum nama calon di Lembah Pantai....Nurul Izzah Pasti Angkat Kaki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: PAS umum nama calon di Lembah Pantai....Nurul Izzah Pasti Angkat Kaki
link : PRU14: PAS umum nama calon di Lembah Pantai....Nurul Izzah Pasti Angkat Kaki

Baca juga


PRU14: PAS umum nama calon di Lembah Pantai....Nurul Izzah Pasti Angkat Kaki

Parlimen Lembah Pantai akan menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru selepas PAS mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding di kerusi tersebut.

Kerusi itu sebelum ini dimenangi oleh PKR yang menewaskan BN sejak 2008.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan Lembah Pantai, Mohamad Kamzuri Mohd Fuad berkata, buat pertama kali PAS meletakkan calon di kerusi berkenaan, walaupun jentera parti itu banyak membantu PKR pada PRU13.

“Sekarang ini kita diberikan mandat oleh pimpinan tertinggi untuk meletakkan calon di Lembah Pantai.

“Kita telah menghantar beberapa nama sebagai calon, tidak kira siapa calon yang diangkat oleh pimpinan, kita akan bekerja untuk calon PAS,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Gulai Kawah dan Pelancaran Dana PRU14 Kawasan Lembah Pantai, Isnin.

Pada majlis itu, Bendahari PAS Lembah Pantai, Fauzi Abu Bakar diperkenalkan kepada umum sebagai calon PRU14.

Sementara itu, Fauzi yang ditemui berkata tidak menyangka diangkat sebagai calon PAS pada PRU14.

“Sebenarnya saya ini hanya penyokong dan pengundi PAS sebelum ini. Saya jadi ahli PAS baru sahaja iaitu pada tahun lalu.

“Pada tahun lalu juga, saya diberi amanah menjadi Bendahari PAS kawasan Lembah Pantai,” katanya.

Beliau yang juga ahli perniagaan dan banyak menjalankan tugas berdakwah di bawah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasa terpanggil untuk aktif dalam politik selepas melihat keadaan semasa negara.

“Kebelakangan ini saya rasa perlu terlibat selepas melihat keadaan semasa dan persekitaran politik semasa terlalu membimbangkan,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran bakal dihadapi di Lembah Pantai, Fauzi berkata, sebagai individu yang berkecimpung dalam bidang profesional, beliau yakin mampu mengimbangi kekosongan yang ada sebelum ini di parlimen berkenaan.

“Kalau kita lihat daripada segi perubahan senario politik PRU sebelum ini, di mana kerusi Umno di Lembah Pantai pergi kepada Pakatan Rakyat yang diwakili PKR.

“Kami kenalpasti perjuangan ketika itu memenangkan rakan komponen kita (PKR) adalah dengan jentera PAS. Kita sebenarnya ada kekuatan tersendiri,” katanya.


Demikianlah Artikel PRU14: PAS umum nama calon di Lembah Pantai....Nurul Izzah Pasti Angkat Kaki

Sekianlah artikel PRU14: PAS umum nama calon di Lembah Pantai....Nurul Izzah Pasti Angkat Kaki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: PAS umum nama calon di Lembah Pantai....Nurul Izzah Pasti Angkat Kaki dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pru14-pas-umum-nama-calon-di-lembah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :