link : Pelajar maut terkena bilah pisau mesin rumput
Pelajar maut terkena bilah pisau mesin rumput
Seorang pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman (STAR) Gemas maut selepas kepalanya terkena mata traktor mesin rumput yang sedang menjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nur Afini Roslan,14, disahkan maut oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.
Manakala, dua lagi pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun yang mengalami kecederaan dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.
“Mayat mangsa akan di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, tadi.
The post Pelajar maut terkena bilah pisau mesin rumput appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pelajar maut terkena bilah pisau mesin rumput
Anda sekarang membaca artikel Pelajar maut terkena bilah pisau mesin rumput dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pelajar-maut-terkena-bilah-pisau-mesin.html