TFC II sekadar lakar keputusan seri 1-1

TFC II sekadar lakar keputusan seri 1-1 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TFC II sekadar lakar keputusan seri 1-1, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TFC II sekadar lakar keputusan seri 1-1
link : TFC II sekadar lakar keputusan seri 1-1

Baca juga


TFC II sekadar lakar keputusan seri 1-1

HASRAT Pasukan Terengganu FC II (TFC II) untuk meraih tiga mata penuh tidak kesampaian apabila sekadar melakarkan keputusan seri 1-1 ketika turun melayan kunjungan Sarawak pada aksi kedua saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, skuad kendalian Mustaffa Kamal Abd Wahab tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Akanni Sunday Wasiu berjaya meledakkan gol pertama tuan rumah seawal minit pertama perlawanan.

Kem TFC II berpeluang menambah jaringan menerusi dua percubaan kemas awang importnya tetapi penjaga gawang Sarawak, Mohd Iqbal Mohd Suhaimi bertindak cemerlang menggagalkan rembatan tepat Bruno Junichi Suzuki (m5) dan Sebastian Maurice Thuriere (m22).

Pelawat yang sesekali melancarkan serangan ke gawang tuan rumah hampir menemui jaringan penyamaan pada minit ke 34, namun sepakan deras Mateo Roskam gagal menemui pintu gol sebelum percubaan Milos Raickovis turut tersasar dua minit selepas itu.

Bersambung babak kedua menyaksikan kem tuan rumah memperkemaskan rentak permainan dan kapten pasukan, Mohamad Hasbullah Awang hampir mengukuhkan kedudukan pada minit 51 namun rembatannya tepat kedakapan Mohd Iqbal.

Begitupun kem pelawat turut mencemaskan gawang tuan rumah menerusi percubaan Milos Raikovis (m61) dan Mateo Roskam (m67) tetapi mudah dipatahkan Amierul Hakimi Awang.

TFC II yang mengimpikan meraih tiga mata di gelanggang sendiri terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata apabila kem pelawat bangkit dipenghujung masa tambahan menerusi gol cantik Bobby Gonzales untuk kedudukan seri 1-1.

The post TFC II sekadar lakar keputusan seri 1-1 appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel TFC II sekadar lakar keputusan seri 1-1

Sekianlah artikel TFC II sekadar lakar keputusan seri 1-1 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TFC II sekadar lakar keputusan seri 1-1 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/tfc-ii-sekadar-lakar-keputusan-seri-1-1.html

Subscribe to receive free email updates: