link : AKHIRNYA MARIA CHIN BERSIH BUKA TOPENG
AKHIRNYA MARIA CHIN BERSIH BUKA TOPENG
SEPANJANG memegang jawatan Pengerusi Bersih 2.0 dari tahun 2013 sehingga 4 Mac lalu, Maria Chin Abdullah rupa-rupanya telah memakai satu topeng untuk setiap demonstrasi dan himpunan haram anjurannya.
Topeng itu bukan bertujuan melindunginya daripada gas-gas pemedih mata tetapi untuk menyembunyikan agenda sebenarnya di sebalik cercaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sistem demokrasi negara ini.
Hari ini, segala misteri terungkai dengan tertanggal topeng itu yang mendedahkan Maria akan menjadi calon wakil rakyat berlogokan PKR.
Malah, beliau begitu begitu girang sekali diperkenalkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
Maria mungkin masih hendak bertegas yang dia bukan ahli PKR atau bersifat bebas tetapi beliau tidak boleh berdolak-dalik tentang baju yang akan dipakainya.
Bagi mana-mana individu yang pernah menyertai Bersih (singkatan kepada Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil) dan menganggapnya sebagai gerakan yang bebas dari pengaruh politik, ini adalah waktu untuk menepuk dahi anda.
Segala tohmahan-tohmahan mengenai pilihan raya di negara ini tidak bersih merupakan propaganda semata-mata kerana gerakan itu merupakan peralatan kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.
Persoalan kini timbul dengan dana-dana asing yang diterima Bersih, adakah ia untuk menambah baik sistem demokrasi ataupun mempunyai tujuan agenda halus menumbangkan kerajaan sedia ada?
Penglibatan Maria sebagai calon PKR juga secara tidak langsung mengundangkan persoalan di mana yang tidak ‘bersih’ dalam sistem pilihan raya negara ini, kalau benar kotor dan penuh penipuan, kenapa bertanding?
Satu demi satu helah yang diaturkan golongan Bersih 2.0 kini mula terlerai, gerakan kumpulan itu sememangnya tidak pernah menghiraukan negara kacau bilau dan huru-hara akibat demonstrasi haram, asalkan niat politik tercapai. – UTUSAN ONLINE

Demikianlah Artikel AKHIRNYA MARIA CHIN BERSIH BUKA TOPENG
Sekianlah artikel AKHIRNYA MARIA CHIN BERSIH BUKA TOPENG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AKHIRNYA MARIA CHIN BERSIH BUKA TOPENG dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/akhirnya-maria-chin-bersih-buka-topeng.html