link : Kita bagi apa yang ada kepada RoS, kata PPBM....Lagi Nak Berbohong Kerja PPBM Ni
Kita bagi apa yang ada kepada RoS, kata PPBM....Lagi Nak Berbohong Kerja PPBM Ni
SHAH ALAM: Berbaki lebih kurang tujuh hari lagi untuk PPBM menyerahkan dokumen yang diminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Menurut Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor setakat ini, mereka masih lagi mengumpul dokumen yang dituntut bagi memastikan parti itu tidak dibubarkan dan boleh menyertai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kita sedang mengumpulkan maklumat yang dikehendaki, dan mengikut surat tuntutan kita ada masa sehingga hujung bulan.
"Kita akan hantar dokumen mana yang kita ada sahaja," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Sebelum ini, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui parti itu tidak dapat memenuhi dua daripada sembilan perkara dituntut jabatan berkenaan.
Muhyiddin berkata, dua tuntutan yang mungkin tidak boleh dipenuhi PPBM itu, adalah berkaitan perjalanan mesyuarat bahagian dan cawangan parti itu.
Beliau menegaskan, dua perkara itu tidak boleh diselesaikan kerana belum ada mesyuarat diadakan pada peringkat itu kerana tempoh penubuhan parti itu yang belum lengkap setahun.
Mengulas lanjut Kamaruddin menyifatkan, ketiadaan bahagian cawangan menjadi penyebab kepada ketidaksempurnaan dalam sembilan tuntutan yang diminta RoS.
"Kita bagi apa yang kita ada, kita tak boleh beri apa yang kita tiada.
"Kita tiada cawangan lagi, jadi RoS minta laporan cawangan, PBBM dalam proses bentuk cawangan," ujarnya.
Notis pembubaran akan dikeluarkan terhadap PBBM jika gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki dalam tempoh 30 hari, berkuatkuasa 28 Februari lalu.
Namun, Kamaruddin yakin RoS akan beri kelonggaran terhadap dua perkara yang gagal dipenuhi itu.
Ini kerana katanya, proses penubuhan mana-mana parti akan mengambil sedikit masa.
"Proses itu mengambil masa, jadi saya rasa tidak semudah itu.
"Jadi apa yang termaktub dalam akta pertubuhan hendaklah dipatuhi semua pihak termasuk RoS.
"Saya ingat tiada masalah," jelasnya.

Demikianlah Artikel Kita bagi apa yang ada kepada RoS, kata PPBM....Lagi Nak Berbohong Kerja PPBM Ni
Sekianlah artikel Kita bagi apa yang ada kepada RoS, kata PPBM....Lagi Nak Berbohong Kerja PPBM Ni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kita bagi apa yang ada kepada RoS, kata PPBM....Lagi Nak Berbohong Kerja PPBM Ni dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/kita-bagi-apa-yang-ada-kepada-ros-kata.html