link : Azhan Rani rindu arwah bapa
Azhan Rani rindu arwah bapa
AKTOR terkenal, Azhan Rani meluahkan rasa rindu kepada arwah bapanya, Abdul Rani Sabri.
“Tepat 12 malam ini andai abah masih ada genap usia dia 73 tahun. Allahuakbar, hampir dua tahun abah pergi.. namun rindu buatnya tak pernah berhenti.
“Alangkah indahnya andai dapat ku bisikkan ucapan ulang tahun ini ditelinganya sambil memeluk sekujur tubuh insan paling berharga dalam rindu teratasku ini.
“Selamat ulang tahun abah.. terimalah segala kalimah suci dari ku malam ini sebagai hadiah buatmu..semoga di hari yang diizinkan nanti rindu ini berakhir dengan pertemuan semula kita.. Insya-ALLAH,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram (IG) sambil disertai
#alfatihahbuatabah dan
#selamatulangtahunabah
Malah, pelakon berusia 42 tahun ini turut mengimbas semula pengalaman menjaga bapa kesayangannya itu di saat-saat terakhir.
“Saat ini suaranya semakin pudar.. dan tiap kali beliau ingin berbicara tiap kali juga ku pinta agar dia berehat agar tidak berasa penat.
“…dan andai mimpi mengizinkan kami bertemu.. bicaralah apa sahaja aku sedia mendengarnya walau dalam mimpi yang panjang.
“Semoga damai dalam selimut kasih penciptamu abah,” tulisnya beserta #alfatihahbuatabah, #throwback dan #ogos2016.
Bapa Azhan meninggal dunia akibat sesak nafas pada 21 Ogos 2016.
The post Azhan Rani rindu arwah bapa appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Azhan Rani rindu arwah bapa
Anda sekarang membaca artikel Azhan Rani rindu arwah bapa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/azhan-rani-rindu-arwah-bapa.html