14,000 TANDA TANGAN PETISYEN MAHU DATIN DERA BIBIK DIHUKUM...INGAT ADA PANGKAT DATIN BUAT SESUKA HATI KER?

14,000 TANDA TANGAN PETISYEN MAHU DATIN DERA BIBIK DIHUKUM...INGAT ADA PANGKAT DATIN BUAT SESUKA HATI KER? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 14,000 TANDA TANGAN PETISYEN MAHU DATIN DERA BIBIK DIHUKUM...INGAT ADA PANGKAT DATIN BUAT SESUKA HATI KER?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 14,000 TANDA TANGAN PETISYEN MAHU DATIN DERA BIBIK DIHUKUM...INGAT ADA PANGKAT DATIN BUAT SESUKA HATI KER?
link : 14,000 TANDA TANGAN PETISYEN MAHU DATIN DERA BIBIK DIHUKUM...INGAT ADA PANGKAT DATIN BUAT SESUKA HATI KER?

Baca juga


14,000 TANDA TANGAN PETISYEN MAHU DATIN DERA BIBIK DIHUKUM...INGAT ADA PANGKAT DATIN BUAT SESUKA HATI KER?

Petisyen agar seorang Datin yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya dikenakan hukuman tegas telah ditandatangani oleh 14,000 orang.

Petisyen itu diwujudkan susulan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis lalu, yang membenarkan tertuduh, Datin Rozita Mohamad Ali, dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000.

Ia ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Petisyen bertajuk ‘Tuntutan keadilan sama rata’ yang mula dilancarkan semalam, sudah mengumpul 14,122 tanda tangan daripada 15,000 tanda tangan yang disasarkan setakat jam 3.48 petang tadi.

Tujuan petisyen itu adalaha untuk menolak keputusan mahkamah itu dan mahu keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat dan harta.

Selain itu, ia turut menuntut agar Rozita, 44, dikenakan tindakan lebih tegas, selain menyifatkan ‘jenayah’ terhadap pembantu rumah, Suyanti Sutrinso, 19, itu sebagai keji dan tidak berperikemanusiaan.

“Walaupun (tertuduh) seorang Datin, kaya dan memiliki hubungan (dengan individu tertentu), tidak memberi hak kepadanya untuk bertindak sedemikian.

“Apakah mesej kita yang cuba sampaikan kepada rakyat dan kanak-kanak? Malaysia perlu meneliti isu hak asasi manusia dengan serius,” kata kenyataan dalam petisyen itu.

Keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya itu, mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan ia terlalu ringan, malah pengamal undang-undang sendiri membantahnya kerana implikasi hukuman itu, memberi gambaran salah terhadap perundangan negara.

Sehubungan itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata beliau sudah mengarahkan rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah terbabit.

Ketika awal pendakwaan, tertuduh berdepan tuduhan cuba membunuh pembantu rumahnya mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun jika cedera, dan seumur hidup jika menyebabkan kematian.

Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju, yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa.

Bagaimanapun, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 9 Mei tahun lalu, tertuduh kemudian menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, ketika prosiding disambung pada Khamis lalu.

Berdasarkan Seksyen 326, jika sabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan hingga 20 tahun dan denda.

Susulan pengakuan bersalah tertuduh terhadap tuduhan pindaan itu, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Mohammed Mokhzani Mokhtar, membenarkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan selama lima tahun dengan jaminan RM20,000. 


Demikianlah Artikel 14,000 TANDA TANGAN PETISYEN MAHU DATIN DERA BIBIK DIHUKUM...INGAT ADA PANGKAT DATIN BUAT SESUKA HATI KER?

Sekianlah artikel 14,000 TANDA TANGAN PETISYEN MAHU DATIN DERA BIBIK DIHUKUM...INGAT ADA PANGKAT DATIN BUAT SESUKA HATI KER? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 14,000 TANDA TANGAN PETISYEN MAHU DATIN DERA BIBIK DIHUKUM...INGAT ADA PANGKAT DATIN BUAT SESUKA HATI KER? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/14000-tanda-tangan-petisyen-mahu-datin.html

Subscribe to receive free email updates: