AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR

AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR
link : AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR

Baca juga


AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR

OLEH : DR. NOVANDRI HASAN BASRI

Isu air Selangor benar-benar telah menyebabkan Datuk Mohamed Azmin Ali berasa amat tertekan dan defensif. Lebih jelas lagi apabila beliau tidak professional malah melenting semasa berucap di Karnival Himpunan Rakyat di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Dengan nada tinggi, Azmin Ali cuba menjelaskan kepada hadirin bahwa air di empangan-empangan sangat mencukupi hampir 100% bukannya 0%.

Tahap melentingnya amat jelas apabila beliau juga mahu mencampak Menteri dan Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ke dalam empangan sebagai untuk buktikan air di empangan Selangor adalah mencukupi.

Kenyataan dangkal Azmin Ali itu telah menjadi bahan jenaka rakyat kerana dakwaan beliau itu tidak benar dan amat memalukan. Penulis tidak pasti penasihat Azmin Ali mana satu yang memberi input bodoh lagi tidak benar hingga menyebabkan Azmin tampak begitu daif ilmu dan serkap jarang. Sungguh memalukan.

“Nampaknya sukar untuk menyelesaikan krisis air di Lembah Klang. Pentadbiran negeri yang membekalkan air ke Lembah Klang masih belum jelas beza antara isu air mentah dengan air terawat! Macam manalah saya nak bantu nak selesaikan masalah air!,” kata Zaini Ujang.

Rakyat perlu tahu bahawa kesan margin simpanan bekalan air di Selangor berada pada kadar 0% bermaksud air terawat yang dihasilkan digunakan sepenuhnya tanpa ada simpanan langsung. Keadaan ini adalah tidak baik untuk memastikan jaminan akses kepada bekalan air khususnya semasa kecemasan seperti mana berlaku baru-baru ini.

Melucukan apabila Azmin tidak tahu membezakan di antara air mentah (dalam empangan) dengan air terawat (di luar empangan) yang akan disalurkan kepada rakyat. Malah ada yang berseloroh minta Azmin Ali sendiri yang terjun dalam empangan.

Yang pastinya, rakyat Selangor telah dizalimi serta terpaksa menanggung perit dan seksa disebabkan oleh ketidakcekapan kerajaan PKR Selangor. Kerajaan PKR ini akan ditolak oleh rakyat Selangor pada PRU14 nanti.


Demikianlah Artikel AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR

Sekianlah artikel AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/azmin-jadi-bahan-lawak-satu-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :