link : Gugup, itulah kelemahan saya: Khai Bahar
Gugup, itulah kelemahan saya: Khai Bahar
PENYANYI muda Khai Bahar memohon maaf atas kecacatan persembahan lagu Luluh pada pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2018) malam tadi.
Kata Khai dia akui kesilapan itu datang daripada dirinya sendiri yang terlampau gugup hingga mengganggu konsentrasinya.
“Saya mohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang persembahan saya, sebagai penyanyi pastinya kita mahukan yang terbaik.
“Memang setiap kali saya perlu tampil di pentas berskala besar saya akan gugup. Itulah kelemahan saya.
Persembahan Khai dalam segmen ketiga berkongsi pentas dengan Haqiem Rusli dan Ismail Izzani mendapat kritikan netizen yang tidak mendengar suaranya dengan jelas. – Foto Astro Gempak.
“Tiada sebarang masalah teknikal pun sebab dari rehearsal lagi semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah,” katanya kepada Astro Gempak.
Persembahan Khai dalam segmen ketiga berkongsi pentas dengan Haqiem Rusli dan Ismail Izzani mendapat kritikan netizen yang tidak mendengar suaranya dengan jelas.
Malah, netizen menyifatkan nyanyian Khai malam tadi ‘tidak masuk’ dengan muzik.
Khai mendominasi AME2018 dengan membolot tiga anugerah iaitu Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP dan Top Top MeleTOP Lelaki.
The post Gugup, itulah kelemahan saya: Khai Bahar appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Gugup, itulah kelemahan saya: Khai Bahar
Anda sekarang membaca artikel Gugup, itulah kelemahan saya: Khai Bahar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/gugup-itulah-kelemahan-saya-khai-bahar.html