Beri soalan berkaitan isu hutang negara malangnya dikaitkan dgn 1MDB, tak habis-habis dgn 1MDB..

Beri soalan berkaitan isu hutang negara malangnya dikaitkan dgn 1MDB, tak habis-habis dgn 1MDB.. - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beri soalan berkaitan isu hutang negara malangnya dikaitkan dgn 1MDB, tak habis-habis dgn 1MDB.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beri soalan berkaitan isu hutang negara malangnya dikaitkan dgn 1MDB, tak habis-habis dgn 1MDB..
link : Beri soalan berkaitan isu hutang negara malangnya dikaitkan dgn 1MDB, tak habis-habis dgn 1MDB..

Baca juga


Beri soalan berkaitan isu hutang negara malangnya dikaitkan dgn 1MDB, tak habis-habis dgn 1MDB..



Azmin Azmin..hatimu bagaikan keropok rapuh dan cepat pecah.

Dewan Rakyat pagi Isnin saksi drama bagaimana Datuk Seri Azmin Ali tersangkut dengan jeratnya sendiri bila cuba heret isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika bertanya soalan mengenai hutang negara kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Agak melucukan…apa tidaknya… Menteri Besar Selangor yang cuba menuduh melompat sakan tidak senang duduk sebaliknya Perdana Menteri relaks dan cool saja.

Insiden berlaku hingga kecoh suasana semasa sesi soal jawab.Ini gara-gara Najib menyindir masalah air Selangor lebih kritikal.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, isu air di Selangor akan dapat diselesaikan dengan baik jika Kerajaan Persekutuan menguruskannya.
Azmin terus menjadi sensitif dan cuba berkali-kali menyanggah Najib yang hendak beri jawaban beliau dengan tenang pada soalan itu.

Melihat keadaan ini maka kalangan Ahli Parlimen BN lain bangun berteriak meminta beliau duduk bagi membolehkan Perdana Menteri menjawab.

Kecoh berterusan hingga Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Azmin duduk dan mengingatkan beliau mengenai peraturan dewan.

Katanya beliau faham nawaitu politik Azmin bertanya soalan itu dan Perdana Menteri pula berhak dan bebas jawab dari sudut pandangannya.

Dalam soalanya Azmin juga membandingkan kemampuan Malaysia dengan Singapura membayar balik hutang negara dengan mengaitkan isu 1MDB.

Beliau nak tahu kenapa kerajaan memperuntukkan 12.5 peratus daripada pendapatan negara hanya untuk membayar faedah hutang berbanding Singapura yang memperuntukkan enam peratus daripada pendapatannya untuk tujuan sama.

Perdana Menteri menjelaskan kerajaan mempunyai kemampuan untuk menguruskan hutang negara dengan baik dan ia mendapat pengiktirafan kategori A oleh badan-badan penarafan antarabangsa.

Katanya, pada masa ini hutang negara berada pada paras 50.8 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada di paras lebih rendah berbanding paras maksimum 55 peratus yang ditetapkan kerajaan.

"Dari segi hutang negara keseluruhan semakin mengucup. Soalnya bukan saiz hutang tapi kemampuan kita bayar balik. Kalau dibandingkan dengan Singapura, mereka mempunyai hutang lebih besar, tapi ada kemampuan bayar balik.

"Kita juga mempunyai kemampuan untuk bayar balik dan kemampuan kita ini tidak boleh dipersoalkan kerana badan-badan penarafan antarabangsa telah meletakkan malaysia dalam kategori A (dalam kemampuan membayar balik hutang)," katanya.


Demikianlah Artikel Beri soalan berkaitan isu hutang negara malangnya dikaitkan dgn 1MDB, tak habis-habis dgn 1MDB..

Sekianlah artikel Beri soalan berkaitan isu hutang negara malangnya dikaitkan dgn 1MDB, tak habis-habis dgn 1MDB.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beri soalan berkaitan isu hutang negara malangnya dikaitkan dgn 1MDB, tak habis-habis dgn 1MDB.. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/beri-soalan-berkaitan-isu-hutang-negara.html

Subscribe to receive free email updates: