link : Sokongan kepada BN meningkat di Parlimen Gerik, Lenggong
Sokongan kepada BN meningkat di Parlimen Gerik, Lenggong
UMNO dan Barisan Nasional (BN) diyakini kekal sebagai parti dominan sekaligus menguasai kerusi Parlimen Gerik dan Parlimen Lenggong di daerah Hulu Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
Di Parlimen Gerik kerusi DUN yang jangka kekal dikuasai UMNO dan BN ialah DUN Pengkalan Hulu dan Temengor manakala Parlimen Lenggong pula DUN Kenering dan Kota Tampan.
Meskipun wujud desas-desus mutakhir ini mengatakan kononnya bakal berlaku perubahan ingin politik berkaitan isu kedudukan ekonomi dan kos sara hidup rakyat namun dari sokongan pengundi di kedua kawasan parlimen ini ia dilihat tidak terjejas langsung.
Ramalan Rafizi Ramli, melalui “think tanknya” (Invoke) disambut tertawa besar penduduk di kedua-dua kawasan parlimen ini. Mereka menganggap ramalan bahawa Perak bakal tumbang dan dikuasai pembangkang, hanya tidak lebih satu temberang terbaru pembangkang.
Malah kepada masyarakat Melayu di kawasan ini, UMNO dan BN dilihat masih relevan bagi pengundi di kedua kawasan parlimen itu yang selama ini dianggap kawasan `kubu’ kuat BN.
Realiti dan hakikat ini diakui Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang optimis BN bukan sahaja kekal menguasai kerusi Parlimen Gerik dan Lenggong malah menang besar pada pilihanraya kali ini.
Menurut beliau, bilangan pengundi dikedua parlimen ini tidaklah besar, bilangan pengundi di Parlimen Gerik hanyalah sekitar 35,000 di Parlimen Lenggong ada kurang lebih 29,500 orang pengundi.
``Kedua parlimen ini merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu …kita ada lebih daripada 82 perartus undi Melayu di kedua parlimen ini.
``Tentulah bila kawasan pengundi Melayu ini parti yang dominan ialah parti UMNO… adalah pengaruh Pas disitu tapi Paspun dah berpecah kepada PAN..semasa sejarah Semangat 46pun ia masih dinominasi oleh UMNO.
``Semasa wujudnya PKR tahun 1999 pun masih lagi UMNO kuat disini kemudian pada tahun ini kita dapati ada parti baru serpihan daripada UMNO iaitu Bersatu.
``Tapi rata-rata saya pergi turun tengok ia tidak menjejaskan apatah lagi diLenggong boleh dikatakan tiada… walaupun dia (Bersatu) ada jawatankausa bahagian …dia tujuh orang tapi dia adalah orang luar daripada Lenggong.
Di Gerik adalah dua tiga orang bekas pemimpin UMNO dan bekas wakil rakyat bekas adun Pengkalan Hulu, tapi saya baru balik daripada Gerik dalam program Jelajah Menteri Besar kita dapati UMNO masih lagi merupakan parti yang kuat yang mendapat sokongan dari orang Melayu dan bukan Melayu.
`Semalam kita hadir disambutan tahun baru Cina ribuan orang hadir itu.. satu sokongan yang baik kepada BN dan juga UMNO juga kepada Menteri Besar…so kerana itu saya yakin BN masih lagi relevan dengan kekuatannya di Hulu Perak dikawasan Parlimen Gerik dan Lenggong,’’ katanya kepada Agendadaily.
Saarani yang juga Adun Kota Tampan optimis BN bakal beroleh kemenangan besar pada pilihanraya kali ini bersandarkan sokongan jitu yang diberikan pengundi Cina ketika ini.
``Saya nampak pada majlis-majlis dan program yang kita adakan sambutan dan sokongan yang ditunjukkan pengundi Cina begitu besar.
``Saya percaya orang Cina ni dia mengundi secara bijaksana iaitu dia tengok BN akan menang dia akan mengundi BN sebab dia tahu kalau tak mengundi BN pun dia tidak menjejaskan BN… so dia akan bersama-sama dengan BN.
``Jadi kebangkitan dan kembalinya sokongan orang-orang bukan Melayu kepada UMNO dan BN meningkat di Hulu Perak,’’kata Saarani sambil menambah secara kebetulan pula di kedua parlimen ini tidak ada masalah dalaman baik di Gerik mahupun di Lenggong.
Ditanya sokongan Cina kepada UMNO dan BN di kawaan parlimen lain, Saarani juga mengakui ia amat menggalakkan.
``Sokongan Cina dikawasan lain saya nampak begitu, orang Cina dulu terpegnaruh dengan slogan DAP iaitu `Inikalilah'... tapi slogan itu telah gagal dan sebahagian orang Cina melihat bahawa segala tohmahan yang dibuat pemimpin DAP ini adalah tidak benar.
``Apatah lagi Najib tanpa mempedulikan tohmahan dan fitnah dibuat DAP dan kuncu-kuncunya dia terus menerus membangunkan negara dan memberi kepada rakyat Malaysia satu janji masa depan yang baik.
``Walaupun disebut tentang kedudukan ekonomi tapi ini bukan Malaysia sahaja tentang dari dari segi maslaah ekonomi global, harga barang bukan saja di Malaysia berlaku seluruh dunia.
``Cuma kalau banding negara lain dengan kita…kita jauh lebih selamat sebab itu orang lain daripada Thailand datang menorehh getah di Malaysia, kalau harga getah lebih mahal di Thailand mengapa mereka datntg ke Malaysia?
``Harga minyak di Singapura dan Thailand lebih murah di Malaysia sebab itu orang Singapura dating ke Johor beli minyak, sebab itu orang Thailand datang ke Pengkalan Hulu beli minyak, datang ke Jitra beli minyak.
``Di Malaysia orang masih mampu pergi membeli di Myhdin, pasar malam..ada orang yang tidak mampu tapi kita bantu…Datuk Najib bagi BRIM, Yayasan Bina Upaya (YBU) kita jual harga barangan pada harga murah…kita hantar kotak makanan.
``Saya tidak mahu nafi sara hidup meningkat sebab itu berlaku cuma tak setuju kalau orang kata negara Malaysia ini sebuah negara yang tidak menjanjikan kehidupan yang baik kepada rakyat.
``Ia seolah-olah mengambarkan Myanmar, Combodia dan Indonesia jauh lebih baik daripada Malaysia pada hal orang-orang dari negara berkenaan datang bekerja mencari makan di Malaysia.
``Tapi walaupun dikatakan ada masalah kerajaan tidak membiarkan…kita berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan membantu dimana yang perlu,’’ ujarnya.

Demikianlah Artikel Sokongan kepada BN meningkat di Parlimen Gerik, Lenggong
Sekianlah artikel Sokongan kepada BN meningkat di Parlimen Gerik, Lenggong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sokongan kepada BN meningkat di Parlimen Gerik, Lenggong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/sokongan-kepada-bn-meningkat-di.html