Betapa Mahathir cemburu pada aura Islam PAS

Betapa Mahathir cemburu pada aura Islam PAS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Betapa Mahathir cemburu pada aura Islam PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Betapa Mahathir cemburu pada aura Islam PAS
link : Betapa Mahathir cemburu pada aura Islam PAS

Baca juga


Betapa Mahathir cemburu pada aura Islam PAS

Entah berpandu fatwa mana dan oleh siapa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad merumuskan bahawa ‘PAS bukan sebuah parti Islam’.
Nampaknya, beliau hanya menggunakan logik akal apabila berhujah bahawa PAS tidak layak menjadi parti Islam kerana parti itu dikatakan turut dianggotai ahli bukan Islam. 
“PAS kalau dia bercampur dengan bukan Islam, dia jadi kafir. Takkan dia boleh. Dia tidak boleh. Dia orang yang pegang kepada prinsip, dia tahu kalau orang yang campur dengan kafir (maka) dia jadi kafir. 
“Jadi la ni pasal dia bercampur dengan DAP dulu, saya anggap parti PAS ini tak Islam,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, baru-baru ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa manifesto partinya adalah naskah yang diteliti dan mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk daripada bukan Islam.
  
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir cuba ‘mengacah dan mencemar’ imej PAS dengan mengaitkannya isu ‘kafir atau tidak kafir’ membabitkan PAS.
Sebelum ini Pengerusi PPBM itu melabel Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai ‘kafir’ dan ‘pengkhianat’ kerana bekerjasama dengan Umno-Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun Hadi sebaliknya, mengumumkan beliau memaafkan Dr Mahathir atas faktor usianya yang sudah lebih 90 tahun dan menasihati bekas perdana menteri itu bertaubat.
Jika diturut logik Mahathir, satu perkara yang sudah pasti ialah, parti pimpinannya, PPBM, juga bukan sebuah parti Islam kerana bersekongkol dengan parti dominan Cina, DAP.
Ini bermakna walaupun Amanah menegaskan terbabit dalam politik Malaysia kerana mahu menggantikan PAS sebagai sebuah parti Islam juga gagal kerana terkait dengan “ketidakIslaman” DAP.
Logik Mahathir ini membabitkan PKR juga. Ia adalah sebuah parti yang membuka keahlian kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Sudah tentu ini bermakna PKR juga sebuah parti politik yang tidak berpaksikan ajaran Islam.
Jika setiap kerabat PH tidak layak dipanggil parti politik Islam, apa yang Mahathir dapat?


Demikianlah Artikel Betapa Mahathir cemburu pada aura Islam PAS

Sekianlah artikel Betapa Mahathir cemburu pada aura Islam PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Betapa Mahathir cemburu pada aura Islam PAS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/betapa-mahathir-cemburu-pada-aura-islam.html

Subscribe to receive free email updates: