BN dijangka rampas kembali Parlimen Sandakan, Kota Kinabalu

BN dijangka rampas kembali Parlimen Sandakan, Kota Kinabalu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN dijangka rampas kembali Parlimen Sandakan, Kota Kinabalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN dijangka rampas kembali Parlimen Sandakan, Kota Kinabalu
link : BN dijangka rampas kembali Parlimen Sandakan, Kota Kinabalu

Baca juga


BN dijangka rampas kembali Parlimen Sandakan, Kota Kinabalu

UMNO Sabah yakin Barisan Nasional (BN) bukan sahaja dapat mengekalkan 22 kerusi Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya umum ke-13 tetapi merampas kembali kerusi pembangkang tertentu pada PRU14.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Ramlee Marahaban berkata Parlimen Sandakan dan Kota Kinabalu yang dimenangi DAP pada PRU lepas mampu dirampas BN.

Ini berdasarkan dapatan kajian sikap terhadap keyakinan rakyat di negeri ini yang masih menunjukkan kecenderungan terhadap Umno dan BN kerana hasil usaha tulus yang ditunjukkan kerajaan pusat dan negeri dalam menyantuni rakyat.

“Daripada peratusan kajian sikap rakyat Sabah sangat bagus, misalnya kita melihat kepada pengundi di Semporna merangkumi DUN Bugaya, Senallang dan Sulabayan.

“Kajian sikap ini dilaksanakan oleh agensi tertentu dan kesemua peratusan kajian antara agensi ini realistik dan selari,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Ziarah Sekampung di Kampung Lahat.

Pada PRU13, BN memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan antaranya Tawau, Semporna, Silam dan Kalabakan.

Ramlee berkata program “Simulasi PRU14: Taklimat ‘Dry Run’ PRU” yang diadakan di setiap Parlimen di Sabah merupakan penunjuk parameter terakhir persiapan BN negeri dengan tumpuan untuk menang.

“Siap siaga jentera kita di seluruh Sabah sudah 100% dan kita sedia gempur,” katanya lagi.

Mengenai program Ziarah Sekampung, Ramlee berkata, aktiviti menyantuni rakyat itu aktiviti berterusan jelajah Semporna yang dilaksanakan BN.

“Kita tidak ada minggu menyantuni rakyat, baik jelajah kasih atau apa nama program sekali pun, kerana setiap masa di Semporna tetap BN bantu rakyat,” katanya yang turut menzahirkan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda, Wanita dan serta Puteri UMNO yang turun ke lapangan bertemu rakyat.


Demikianlah Artikel BN dijangka rampas kembali Parlimen Sandakan, Kota Kinabalu

Sekianlah artikel BN dijangka rampas kembali Parlimen Sandakan, Kota Kinabalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN dijangka rampas kembali Parlimen Sandakan, Kota Kinabalu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/bn-dijangka-rampas-kembali-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :