SELEPAS PAN GELAR AZMIN ‘BADUT’, PENYOKONG PKR PULA ANGGAP DIA ‘ANJING’?

SELEPAS PAN GELAR AZMIN ‘BADUT’, PENYOKONG PKR PULA ANGGAP DIA ‘ANJING’? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SELEPAS PAN GELAR AZMIN ‘BADUT’, PENYOKONG PKR PULA ANGGAP DIA ‘ANJING’?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SELEPAS PAN GELAR AZMIN ‘BADUT’, PENYOKONG PKR PULA ANGGAP DIA ‘ANJING’?
link : SELEPAS PAN GELAR AZMIN ‘BADUT’, PENYOKONG PKR PULA ANGGAP DIA ‘ANJING’?

Baca juga


SELEPAS PAN GELAR AZMIN ‘BADUT’, PENYOKONG PKR PULA ANGGAP DIA ‘ANJING’?

IBARAT hukum karma, tentu ramai masih ingat bagaimana geng Azmin Ali ‘serang’ Tan Sri Khalid Ibrahim dengan pelbagai gelaran hina termasuk panggil MB gagap dan imej rambut berserabut.

Akhirnya menteri besar paling cemerlang dalam sejarah Selangor itu seperti diakui Anwar Ibrahim sendiri akhirnya berundur akibat permainan licik Langkah Kajang yang kemudian menyaksikan Azmin menjadi pengganti baharu.

Itu cerita lama tahun 2014 lalu dan kali ini Azmin pula menjadi sasaran bukan daripada seterunya Barisan Nasional (BN) atau UMNO tetapi oleh parti sekutunya sendiri dalam Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri tersebut.

Semalam PAN Selangor menyifatkan Azmin seperti ‘badut’ selain tidak la­yak memegang jawatan menteri besar dan Pengerusi PH negeri itu kerana berdolak-dalik mengenai rundi­ngan kerusi Pilihan Raya Umum (PRU) di Selangor.

Pengerusinya, Izham Hashim dipetik portal propemangkang sendiri turut menafikan dakwaan mereka berbohong dan pernah berunding mengenai kerusi di negeri tersebut walhal tidak berlaku sebarang rundingan mengenainya.

“Tidak ada (rundingan agihan kerusi untuk PRU). Dia ini (Azmin) memang badut. Bila masa kita (PAN) ada bincang isu kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada siapa yang bincang dengan mereka,” tegas beliau.

Azmin sebelum ini mendakwa PAN konon sebagai berbohong ke­rana dakwa jawatankuasa rundingan kerusi untuk PH Sela­ngor belum dibentuk sedangkan mereka sudah bermesyuarat bukan sekali bahkan sebanyak empat kali.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, sejumlah 80 peratus kerusi di Selangor sudah pun diputuskan. Dalam pada itu, Izham memberitahu, PAN sudah hantar surat rasmi kepada Azmin selaku Pengerusi PH Selangor.

“Ia supaya buat mesyuarat khas bagi isu itu, namun sehingga kini ia masih belum dijalankan. Hendak jadi Pengerusi PH Selangor kena bijak. Jujur sebenarnya beliau tidak fit (sesuai) untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri.

“Beliau langsung tidak boleh pun menguruskan perkara yang cukup mudah sebegini. Mesyuarat pula tidak pernah panggil, kemudian tuduh kita (PAN) pula yang konon berbohong,” tambah beliau lagi dengan nada yang amat kesal.

Memang pernah ada mesyuarat sebelum ini ujarnya, tetapi ia lebih kepada aspek persiapan PRU seperti soal daftar pemilih dan proses pengiraan undi, bukannya mengenai isu pembahagian kerusi antara empat parti komponen PH.

Izham memberitahu bahawa mesyua­rat tentang pembahagian kerusi pula hanya dibuat secara berasingan antara partinya dengan pihak PKR dan parti kecil serpihan UMNO iaitu PPBM tanpa ada pula penglibatan daripada DAP.

Dalam pada itu, perang terbuka antara pihak PAN Selangor dengan Azmin semakin tegang apabila beberapa netizen propembangkang menggelar Azmin dengan pelbagai gelaran amat buruk termasuk suka bermain api dalam sekam.

Lebih dahsyat mereka secara terbuka turut hina anak kelahiran Singapura itu sebagai anjing selain menyumpah seranah Azmin dan penyokong tegar beliau dengan doa semoga dilaknat oleh Allah.


Demikianlah Artikel SELEPAS PAN GELAR AZMIN ‘BADUT’, PENYOKONG PKR PULA ANGGAP DIA ‘ANJING’?

Sekianlah artikel SELEPAS PAN GELAR AZMIN ‘BADUT’, PENYOKONG PKR PULA ANGGAP DIA ‘ANJING’? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SELEPAS PAN GELAR AZMIN ‘BADUT’, PENYOKONG PKR PULA ANGGAP DIA ‘ANJING’? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/selepas-pan-gelar-azmin-badut-penyokong.html

Subscribe to receive free email updates: