Bukan untuk ‘dia’…

Bukan untuk ‘dia’… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan untuk ‘dia’…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan untuk ‘dia’…
link : Bukan untuk ‘dia’…

Baca juga


Bukan untuk ‘dia’…

PELAKON Nazeera Sardi, 32, menafikan single solo pertamanya, Tetap Ada Cinta ditujukan kepada bekas kekasih yang juga seorang pelawak popular tanah air.

Nazeera atau Siti Nazirah Sardi berkata lagu itu tidak ditujukan kepada pelawak terbabit kecuali peminat mengenalinya.

“Single itu adalah percubaan pertama saya sebagai penyanyi. Saya rakam lagu itu kerana melodi dan liriknya meruntun jiwa.

“Saya tidak nafikan juga single Tetap Ada Cinta itu adalah lagu putus cinta. Namun, saya tidak pernah berniat atau terfikir nak tujukannya untuk ‘dia’.

“Meskipun hubungan kami pernah terjalin selama enam tahun tetapi saya akur memang tiada jodoh. Dia (pelawak itu) ternyata bukan jodoh saya.

“Jadi, kalau saya boleh terima kami tidak berjodoh dengan lapang dada dan positif, kenapa ada juga yang masih mahu mengaitkan lagu itu untuk ‘dia’,” katanya.

Menurut pelakon drama Pembancuh Kopi Mr Vampire ini lagi, dia ada kehidupan sendiri begitu juga pelawak berkenaan yang kini bahagia di sisi isteri tercinta.

“‘Dia’ adalah masa lalu saya. Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT dan saya yakin ada hikmah di sebaliknya.

“Kehidupan mesti diteruskan dan saya percaya sampai masa mungkin jodoh buat saya akan tiba. Kini, saya hanya perlu berdoa.

“Apa yang pasti, saya bahagia dengan kehidupan dijalani kini. Karier seni berjalan lancar, begitu juga perniagaan butik dan saya juga perlu menyiapkan sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM),” katanya.

Single Tetap Ada Cinta adalah ciptaan bersama komposer terkenal, Omar K dengan penyanyi, Ikhwan Fatanna yang bergenre balada.

Tiga bulan dimuatkan di YouTube, lirik video single Tetap Ada Cinta nyanyian Nazeera sudah ditonton lebih 11,000 tontonan.

Apapun, kisah cinta Nazeera dan pelawak itu pernah menjadi bualan hangat suatu ketika dulu.

Namun, akhirnya pelawak berkenaan bernikah dengan wanita pilihannya, seorang pelakon.

The post Bukan untuk ‘dia’… appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bukan untuk ‘dia’…

Sekianlah artikel Bukan untuk ‘dia’… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan untuk ‘dia’… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/bukan-untuk-dia.html

Subscribe to receive free email updates: