Ceramah pembangkang langgar peraturan...

Ceramah pembangkang langgar peraturan... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ceramah pembangkang langgar peraturan..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ceramah pembangkang langgar peraturan...
link : Ceramah pembangkang langgar peraturan...

Baca juga


Ceramah pembangkang langgar peraturan...

Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang  semakin dekat menyebabkan parti-parti gabungan Pakatan Harapan begitu ghairah mengadakan siri-siri ceramah ke seluruh pelusuk bandar dan kampung di negeri Perak.

Masalahnya mereka gagal mematuhi peraturan serta arahan pihak berkuasa termasuk permohonan permit sehingga mengundang kemarahan orang ramai dan reaksi pihak polis sendiri.

Lebih ironi terdapat juga kalangan mereka berstatus “peguam” tetapi peraturan polis sebagai contoh tidak diberi kepedulian.

Ceramah mereka juga berkisar kepada kenyataan beberapa pemimpin tertinggi dalam gabungan pakatan itu yang pakar ` menghentam' pemimpin dan  kerajaan  untuk meraih simpati dan sokongan rakyat.

Namun dalam kekalutan dan keghairahan mengadakan  ceramah itu walaupun tidak mendapat permit kebenaran pihak polis, ceramah yang diadakan itu mengundang kemarahan penduduk perumahan setempat.

Ceramah politik pembangkang, JelajahPakatanHarapan #Kamunting yang diadakan di kawasan perumahan Bukit Jana, Kamunting, malam Sabtu dilaporkan tidak mempunyai permit kebenaran.

Perkara itu telah disahkan Ketua Polis Daerah Taiping, Assisten Komisioner Mohamad Taib.

Malah apa yang menarik, pentas ceramah yang diubah suai daripada sebuah lori treler  dikatakan kedudukannya telah menghalang jalan masuk utama  ke kawasan perumahan berkenaan sehingga menimbulkan bantahan penduduk.

Senario itu menyebabkan polis minta pihak penganjur mengubah kedudukan pentas ke lokasi lain.

ADUN DAP Leow Thye Yih yang merupakan antara wakil penganjur cuba berunding dengan pihak polis tetapinya akhir atas arahan polis apabila mengalihkan treler berkenaan lebih kurang 100 meter dari kedudukan asal.

Difahamkan pihak polis bertindak demikian setelah menerima  aduan daripada penduduk setempat kerana treler berkenaan menghalang laluan utama dan penggunaan pembesar suara yang tidak sesuai digunakan di kawasan perumahan.

Ceramah itu bagaimanapun tetap berjalan tetapi agak lucu kerana pentas ceramah itu digantikan dengan sebuah kereta pacuan empat roda.

Sebagaimana yang dijangka kesemua pemimpin pembangkang menuduh pihak berkuasa bertindak sedemikian kononnya atas desakan kerajaan.

Antara yang hadir ialah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng , Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, TimbalanPresiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi PH Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu dalam perkembangan sama,Polis Perak mengesahkan tiada permit dikeluarkan untuk Ceramah Jelajah Pakatan Harapan di laluan masuk utama Kampung Bukit Jana, Kamunting.

Ketua Polis negeri  Datuk Hasnan Hassan menegaskan pihak Polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur ceramah itu mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak mempunyai permit polis.

“Pihak penganjur tidak mempunyai permit kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan tetapi pihak penganjur tetap mengadakannya ceramah jadi pihak Polis akan ambil tindakan dibawah seksyen 9(5),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan simulasi rusuhan latih amal sempena EX-UNDI PER Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di sini pada Ahad.

Menurut beliau, tiada sebarang kelulusan dan pemberian permit diberikan kepada pihak penganjur ceramah.

Hasnan berkata, polis perlu mengambil tindakan kerana treler milik Pakatan Harapan yang digunakan untuk ceramah mengganggu lalu lintas.

Hasnan juga mengesahkan turut menerima aduan daripada orang awam mengenai ceramah tersebut.


Demikianlah Artikel Ceramah pembangkang langgar peraturan...

Sekianlah artikel Ceramah pembangkang langgar peraturan... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ceramah pembangkang langgar peraturan... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ceramah-pembangkang-langgar-peraturan.html

Subscribe to receive free email updates: