Dana ADUN: PAS Selangor tulis surat ke istana dan SPRM

Dana ADUN: PAS Selangor tulis surat ke istana dan SPRM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dana ADUN: PAS Selangor tulis surat ke istana dan SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dana ADUN: PAS Selangor tulis surat ke istana dan SPRM
link : Dana ADUN: PAS Selangor tulis surat ke istana dan SPRM

Baca juga


Dana ADUN: PAS Selangor tulis surat ke istana dan SPRM

PAS nampaknya sudah nekad mahu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dipertanggungjawabkan selepas peruntukkan untuk ADUN-ADUN PAS Selangor tidak diterima.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, pihaknya mereka memutuskan untuk menulis surat kepada Istana Selangor selain menggesa Jabatan Audit Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu tersebut.

Pembekuan RM800,000 untuk setiap wakil rakyat kerajaan negeri itu hanya melibatkan ADUN PAS dan dikatakan bertujuan mencantas khidmat mereka kepada penduduk setempat menjelang PRU-14.

“Kita akan ambil beberapa langkah selepas ini, termasuk menulis surat kepada Tuanku (Sultan Selangor). Yang kedua, kita akan minta Jabatan Audit Selangor membuat satu siasatan.

“Kalau masih tiada penyelesaian, maka kita mungkin akan buat sedikit pengaduan kepada SPRM untuk melihat unsur-unsur salah guna kuasa di peringkat eksekutif (kerajaan negeri),” kata Sallehen dipetik media hari ini.

Sallehen berkata kemelut itu sudah masuk bulan ketiga kerana pejabat Mohamed Azmin enggan mengeluarkan arahan bertulis kepada pegawai daerah untuk meluluskan dana yang dituntut oleh ADUN Pas untuk projek-projek mesra rakyat di kawasan mereka.

“Dia (Azmin) mengarah (pegawai daerah) secara lisan sahaja. Itu bukan cara urus tadbir dalam sesebuah kerajaan.

“Pegawai daerah (hanya) akan mengikut arahan bertulis yang sedia ada. Tetapi dengan arahan secara lisan, pegawai daerah pun tidak boleh mengeluarkan (dana tersebut),” kata Sallehen.

Beliau percaya keengganan Azmin mengeluarkan arahan bertulis itu dipengaruhi pertimbangan politik.

“Pejabat Daerah (kata) dia kena rujuk kepada MB. Bila (rujuk) pada menteri besar, dia kata ia teknikal sahaja dan tolak balik pada pegawai daerah.

“Jadi ia semacam tolak-tarik, mungkin ia sengaja untuk melengahkan waktu sehingga Parlimen dan DUN bubar,” kata Sallehen.

Sallehen berkata siasatan Jabatan Audit Negeri dan SPRM perlu untuk mengenal pasti terdapat atau tidak kepincangan urus tadbir dan kemungkinan wujud penyelewengan kuasa melibatkan Pejabat Menteri Besar.


Demikianlah Artikel Dana ADUN: PAS Selangor tulis surat ke istana dan SPRM

Sekianlah artikel Dana ADUN: PAS Selangor tulis surat ke istana dan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dana ADUN: PAS Selangor tulis surat ke istana dan SPRM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/dana-adun-pas-selangor-tulis-surat-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :