Pakatan angkat calon sokong LGBT...?

Pakatan angkat calon sokong LGBT...? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan angkat calon sokong LGBT...?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan angkat calon sokong LGBT...?
link : Pakatan angkat calon sokong LGBT...?

Baca juga


Pakatan angkat calon sokong LGBT...?

Sebagai anak muda, timbul perasaan kurang senang saya terhadap tindakan Pakatan Harapan yang mengangkat Maria Chin Abdullah sebagai calon bebas dalam parti tersebut.

Tindakan Pakatan Harapan menerima Maria Chin Abdullah sebagai calon yang akan bertanding PRU14 akan datang, seolah-olah membuka ruang dan peluang kepada rakyat khususnya golongan muda untuk terjerumus dengan gejala sosial.

Pakatan Harapan sendiri sudah sedia maklum, bahawa Maria Chin Abdullah merupakan individu yang bergiat aktif dalam NGO hak asasi manusia yang menyokong tegar gejala songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Malah sudah lupakah kita bagaimana Maria Chin pernah lantang bersuara mencadangkan hari Solat Jumaat ditukarkan kepada hari Sabtu?

Sedangkan seperti kita tahu perkara ini sangat bercanggah dalam agama Islam. Ini menunjukkan Maria Chin bukan sahaja penyokong tegar gejala songsang LGBT, malah turut membawa fahaman liberal dalam perjuangannya.

Sedar atau tidak gejala songsang LGBT dan fahaman liberal ini mampu menghakis sedikit demi sedikit nilai agama lebih-lebih lagi agama Islam. Jadi saya bimbang keadaan ini akan mempengaruhi pemikiran rakyat jika Pakatan Harapan terus memberi peluang kepada Maria Chin untuk bertanding dalam PRU14 akan datang. 

Timbul persoalan apakah sebenarnya pendirian Pakatan Harapan untuk PRU14 akan datang, adakah ingin mengubah identiti negara sebagai agama Islam bertukar menjadi sebuah negara yang liberal?

Semua pihak perlu melihat perkara ini dengan serius, adakah Maria Chin merupakan calon yang betul-betul layak untuk mengemudi negara atau sebaliknya?

Secara kesimpulannya, rakyat perlu membuat pertimbangan dengan sewajarnya dalam PRU14 agar masa hadapan agama, bangsa dan negara terus terjamin pada masa akan datang. Malah rakyat juga perlu memilih calon yang benar-benar ingin memperjuangkan kebajikan rakyat bukannya memperjuangkan kemusnahan akidah rakyat.


Demikianlah Artikel Pakatan angkat calon sokong LGBT...?

Sekianlah artikel Pakatan angkat calon sokong LGBT...? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakatan angkat calon sokong LGBT...? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/pakatan-angkat-calon-sokong-lgbt.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :