DAP akan berdepan lebih banyak siri ahli keluar parti - penganalisis

DAP akan berdepan lebih banyak siri ahli keluar parti - penganalisis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP akan berdepan lebih banyak siri ahli keluar parti - penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP akan berdepan lebih banyak siri ahli keluar parti - penganalisis
link : DAP akan berdepan lebih banyak siri ahli keluar parti - penganalisis

Baca juga


DAP akan berdepan lebih banyak siri ahli keluar parti - penganalisis

SHAH ALAM: DAP akan berdepan dengan banyak lagi siri ahli akar umbinya keluar parti berikutan masih ramai yang tidak puas hati parti itu menjalinkan hubungan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata DAP perlu akur percaturannya berganding erat dengan Dr Mahathir mencetuskan kemarahan ramai ahli akar umbinya.

"DAP paling tak puas hati bila (Pakatan Harapan) lantik Tun Mahathir sebagai ketua, sebab kita tahu DAP antara parti yang paling sakit dibawah pemerintahan Tun Mahathir dulu.

"Jadi kenapa perlu kita mengangkat orang yang pernah mengkhianati kita?," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan 38 ahli DAP Kampar dan Tapah  keluar parti semalam selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan tidak setuju dengan kerjasama DAP dengan bekas Perdana Menteri itu.

Ini bukan kali pertama ahli akar umbi DAP keluar parti disebabkan Dr Mahathir.

Pada Februari 2017, seramai empat wakil rakyat DAP keluar parti - juga atas alasan yang sama.

Mereka ialah, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

Terdahulu pada Disember 2016, Perwakilan DAP, Shamseer Singh Thind mengisytiharkan beliau keluar parti berkuat kuasa serta-merta selepas berang DAP menerima Dr Mahathir sebagai sebahagian daripada pembangkang.

Mengulas lanjut Salawati berkata DAP mahupun Pakatan Harapan (PH) sedar masih ramai yang hingga kini tidak sepenuh hati menerima Dr Mahathir.

"Memang ada suara tersembunyi menganggap Tun sebagai liabiliti, cuma macam mana Pakatan Harapan memainkan isu itu, sembunyikan dan tutup (Dr Mahathir sebagai liabiliti).

"Dia cuba potretkan benda tu (sebagai) ok, tapi sebenarnya kalau kita cari suara-suara di bawah ini memang mereka tak suka (akan Dr Mahathir).

"Saya dapat lihat waktu AGM DAP memang ramai ahli yang marah dan kecewa dengan keputusan itu", ujarnya.

Salawati juga tidak menolak siri ahli akar umbi keluar parti tidak kira mana-mana parti akan lebih banyak dilaporkan selepas ini  memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir. 


Demikianlah Artikel DAP akan berdepan lebih banyak siri ahli keluar parti - penganalisis

Sekianlah artikel DAP akan berdepan lebih banyak siri ahli keluar parti - penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP akan berdepan lebih banyak siri ahli keluar parti - penganalisis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/dap-akan-berdepan-lebih-banyak-siri.html

Subscribe to receive free email updates: