Filem Bidong The Boat People hanya kutip RM3,536

Filem Bidong The Boat People hanya kutip RM3,536 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Filem Bidong The Boat People hanya kutip RM3,536, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Filem Bidong The Boat People hanya kutip RM3,536
link : Filem Bidong The Boat People hanya kutip RM3,536

Baca juga


Filem Bidong The Boat People hanya kutip RM3,536

SEJAK akhir-akhir ini industri perfileman Melayu berada dalam keadaan cukup kritikal.

Kutipan panggung untuk filem Melayu saban minggu semakin merudum, walhal penonton Melayu dikatakan antara penyumbang terbesar pasaran filem di Malaysia.

Suatu ketika, kita pernah melihat filem Melayu seperti Ombak Rindu dan KL Gangster yang pernah mencatat kutipan tiket lebih RM10 juta.

Begitu juga juga dengan Polis Evo dan Abang Long Fadil 2 yang mencatat sejarah sebagai filem Melayu yang mendapat kutipan tertinggi di mana masing-masing memperoleh kutipan RM17.4 juta dan RM18.1 juta.

Sayangnya pencapaian itu seolah-olah terhenti setakat itu sahaja apabila selepas itu filem-filem Melayu hanya berjaya mendapat kutipan sekitar ratusan ribu sahaja dan lebih mengecewakan pada tiga bulan pertama tahun ini, beberapa buah filem hanya berjaya membuat kutipan sekitar puluhan ribu sahaja.

Menurut data yang dikeluarkan pihak Finas menerusi laman web rasmi mereka, filem Bidong The Boat People merupakan filem Melayu yang mendapat kutipan paling rendah dengan kutipan RM3,536 sehingga selesai tayangan  baru-baru ini.

Diikuti dengan filem Surf This Love (RM38,231), Buskers (RM68,379) dan Badang (RM74,148).

Mujurlah filem terbaru terbitan Skop Production yang diarahkan oleh Syafiq Yusof, KL Special Force kembali menebus kekecewaan penonton terhadap filem Melayu dengan kutipan melebihi RM9 juta dalam tempoh 14 hari tayangan bermula 8 Mac lalu dan kini masih mendapat sambutan hangat di pawagam.

Pembikin filem seharusnya mengambil satu langkah drastik untuk melihat dan menilai kembali apa yang telah mereka sajikan kepada penonton selama ini.

Adakah karya yang dihasilkan itu menepati apa yang penonton inginkan ataupun sekurang-kurangnya mampu memberikan nilai tonton yang berbaloi.

The post Filem Bidong The Boat People hanya kutip RM3,536 appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Filem Bidong The Boat People hanya kutip RM3,536

Sekianlah artikel Filem Bidong The Boat People hanya kutip RM3,536 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Filem Bidong The Boat People hanya kutip RM3,536 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/filem-bidong-boat-people-hanya-kutip.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :