link : Ibu Demi Lovato Dedah Sejarah Gelap Keluarga
Ibu Demi Lovato Dedah Sejarah Gelap Keluarga
Masa-masa gelap pernah dialami keluarga Demi Lovato terbongkar dalam buku memoir yang ditulis sendiri oleh ibunya Dianna De La Garza. Buku memoir tersebut berjudul ‘Falling with Wings’.
Berdasarkan sinopsis yang diterbitkan oleh pihak penerbit, menyebut Diana memiliki mimpi besar untuk menjadi bintang muzik ‘country’. Tetapi hidupnya berbeza daripada mimpinya.
“Dia mengalami masalah makan dan merasa untuk selalu mengontrol pola pemakananya.
“Saat dia berjuang dengan tubuh dan obsesinya untuk menjadi sempurna, dia juga bertemu dengan situasi sukar yang lain,” tulis penerbit berkenaan seperti yang dilapor Entertainment Weekly.
Selain itu, turut didedahkan mengenai suaminya, Dallas dan anaknya iaitu Demi memiliki masalah yang mempengaruhi seluruh keluarganya.
Suaminya bergantung hidup dengan meminum alkohol dan pengambilan pil hingga menyebabkan ketagihan jangka panjang.
Versi lengkap buku tersebut mula dijual sejak 6 Mac lalu. Pada buku itu, Diana menulis bahawa memoir yang ditulisnya itu adalah momen tergelap bagi kehidupan keluarganya.
“Sudah waktunya memulakan babak baru dalam kehidupan kita. Kelangsungan hidup keluarga kita bergantung padanya,” itu antara ayat prolog petikan memoir tersebut.
The post Ibu Demi Lovato Dedah Sejarah Gelap Keluarga appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ibu Demi Lovato Dedah Sejarah Gelap Keluarga
Anda sekarang membaca artikel Ibu Demi Lovato Dedah Sejarah Gelap Keluarga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ibu-demi-lovato-dedah-sejarah-gelap.html