Kor Ming bohong... kedudukan pentas ceramah punca masalah

Kor Ming bohong... kedudukan pentas ceramah punca masalah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kor Ming bohong... kedudukan pentas ceramah punca masalah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kor Ming bohong... kedudukan pentas ceramah punca masalah
link : Kor Ming bohong... kedudukan pentas ceramah punca masalah

Baca juga


Kor Ming bohong... kedudukan pentas ceramah punca masalah

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berbohong berhubung apa yang sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan pemimpin pakatan pembangkang dihalang berceramah di pentas, kata ADUN Kamunting Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Beliau berkata pemimpin DAP itu mendakwa program ceramah berkenaan telah diganggu polis dan pemimpin politik setempat dan menurutnya perkara itu tidak akan berlaku sekiranya pakatan pembangkang mengikut  peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

“Yang jadi masalah ceramah itu telah mengganggu penduduk tempatan apabila jalan utama ditutup dengan pentas. Saya ada bukti bergambar dari siang lagi mereka tutup jalan dengan memasang kontena di tengah jalan untuk dijadikan pentas yang jelas menyebabkan lalu lintas terhalang.

“Jalan tersebut merupakan laluan utama penduduk pergi balik ke rumah dan untuk ke surau,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat ADUN Kamunting, pada Isnin.

Bernama melaporkan beliau mengulas kenyataan Nga dalam sebuah akhbar tempatan hari ini bahawa DAP Perak kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menghalang kebebasan bersuara di negara ini berikutan beberapa pimpinan Pakatan Harapan dihalang polis berceramah di atas pentas di Kaki  Bukit Jana, Taiping, malam Sabtu lepas.

Nga juga berkata insiden yang berlaku ketika Jelajah Pakatan Harapan itu memaksa beberapa pemimpin mereka berucap di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas tidak diberi kebenaran oleh pihak polis untuk berucap di atas pentas.

Mohammad Zahir yang juga pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak berkata DAP perlu memohon maaf kepada penduduk Bukit Jana dengan kesulitan yang mereka hadapi pada malam berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Taiping Ton Zalani Mat Darus berkata pihaknya tidak pernah menghalang parti pembangkang untuk mengadakan ceramah tetapi tindakan pembangkang memasang pentas di tengah jalan utama telah menimbulkan kemarahan penduduk.

“Kor Ming jangan buat sewenang-senangnya kerana negara kita ada undang-undang, kenapa tak buat (pentas di tengah jalan) di tempat lain seperti di Pulau Pinang dan jangan tuduh ADUN Kamunting tidak bagi kerjasama,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Perak Hasnan Hassan dalam sidang media berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur Ceramah Jelajah Pakatan Harapan kerana menganjurkan ceramah tanpa permit di bawah  Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.


Demikianlah Artikel Kor Ming bohong... kedudukan pentas ceramah punca masalah

Sekianlah artikel Kor Ming bohong... kedudukan pentas ceramah punca masalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kor Ming bohong... kedudukan pentas ceramah punca masalah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/kor-ming-bohong-kedudukan-pentas.html

Subscribe to receive free email updates: